Thursday, November 5, 2009

Sayang abang!!

Pagi ini................
aku bangun dengan perasaan yang agak hiba...
bukanlah aku tidak bersyukur akan kurniaan tuhan..
yang meminjamkan aku lagi satu hari untuk hidup..
Tapi,mimpi semalam masih bermain di benakku..


Abangku,
Aku rindu akan belaian dan tawamu..
Namun semua itu kini tinggal kenangan belaka..
Kenapa engkau dulu pergi meninggalkanku?
kenapa engkau??
kenapa bukan orang lain?
Itulah persoalan yang sering menganggu fikiranku..


Abang,
betapa adik ingin menikmati semula saat saat itu
mesti abg masih ingat detik detik itu..
setiap malam abg bercerita akan kisah nabi..
sehingga adik lena dibuai mimpi indah..
belajar English dengan penuh kesabaran..
walaupon adik tahu adik lembap ckit
tp abg sabar dengan perangai adik


Saya sayang abg..
kalau boleh diundurkan masa
adik tidak mahu abg melalui saat itu..
kerana saat itu
telah membuatkan abg pergi meninggalkan adik
buat selama lamanya..
izinkan adik mengenang kembali saat itu..
agar kenangan kita terus kekal terpahat


Tanggal 17 hb Nov 2000,
di sebatang jalan lama di Johor Bharu,
menjadi saksi akan pemergian abg buat selama-lamanya
bertemu Tuhan Pencipta Alam..
Teringat lagi malam itu,hujan renyai-renyai..
hatiku seolah-olah tidak tenang untuk menghadapi malam itu


Teringat beberapa hari sebelum itu,
Abg pernah call mama..
Mama rasa sgt pelik dengan perangai abg..
Abg mintak mama untuk jaga adik adik
dan abg mnyebut smua nama dlm family..
abg bgtahu abg mhu blik rumah
stelah 4 tahun study utk ambil degree..
nk bkak puasa sama2..
nk smbut raya sama2..
adik rasa happy sgt sbb dh lama x jumpe abg..


namun segala nyaterungkai
adik ingat lagi pagi esoknya,
ada panggilan dari universiti
adik menjawab panggilan dan tidak mengerti
akan apa yang berlaku..


adik beri phone kat mama
tiba2 mama jatuh tersungkur..
Mama menjerit nama abg..
Adik tahu abg dah pergi tinggalkan kami
Ya Allah,sebak rasa dada ni
Tuhan je tahu ap perasaan masa tu..


Satu family mula trauma..
paling teruk mama..
menangis x terkata..
adik cuma nak abg tahu
pemergian abg sgt mngejutkan kami
abg tahu,berita abg tersebar luas
sehingga hampir semua org kampung dtg..
adik tahu abg rapat dengan mereka..
x hairanlah kalau tok Imam pon menangis
bila tahu pasal abang..


Betapa agungnya abang di mata mereka.
Mungkin ad hikmah di sebalik semua ni..
adik rasa cukup stakat ini..
kerana air mata adik mula menitis..


walaupun 9 tahun sudah berlalu,
adik masih terasa abang ada di sisi
Setiap kali pulang ke kampung,adik akan ke pusara abang
ditemani bacaan yasin dan air mawar
tanda sayang adik kat abg
semoga Tuhan mencucuri rahmat kepada Abang.
Amin,..


P/s:kepada yang terbaca,sedekahkan Al Fatihah kepada si mati..
Moga di tempatkan bersama orang yang beriman dan soleh..




No comments :