Thursday, April 22, 2010

detik selamat tinggal..



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

(mood sedih..) hampir beberapa bulan aku bergelar mahasiswa UKM, ketika ini adalah detik untuk menamatkan pengajianku di tahun pertama.. melihat kepada beberapa kawanku yang sudah packing barang dan ada yang sudah meninggalkan kolej dan UKM ini, aku pula masih bertungkus lumus memerah otak..lagi dua kertas untuk aku duduki..

Perasaan ingin pulang membara di hati..Kali terakhir pulang ketika cuti Hari Raya Cina yang lepas..sudah lama aku tidak melihat rumahku yang sedang diubahsuai..sudah siapkah atau belum..

kenangan Minggu Mesra Pelajar

Kali pertama bergelar mahasiswa merupakan kenangan yang tidak boleh aku lupa..Minggu Orientasi yang penuh dengan memori masih lagi menjadi bualan hangat sehingga sekarang..Kurang tidur,dikejut awal pagi,peristiwa beremosi di waktu pagi, haha..sangat lucu bila dikenang kembali..teringat masa malam perang DECTAR..sangat bersungguh-sungguh kami cheers semata-mata untuk menang..dan hasilnya berbaloi!!Kami JUARA!!

Banyak sangat kenangan semasa hampir setahun disini,kalau ingin diceritakan,rasanya bosan nanti untuk dibaca dan penat jari aku menyentuh papan kekunci.. Apa yang penting,aku akan merindui hidup sebagai seorang junior di Kajai..Aku harapkan tahun depan akan lebih mematangkan aku..



Selamat tinggal kawan-kawanku!!Aku akan sentiasa merindui korang semua!!Jumpa di tahun 2 nanti!!


p/s mood raya aku kini sudah berkurangan(sila lihat post sebelum ini) dek kerna mood nak balik menguasai diri..


3 comments :

Shukri Mohd Ali said...

hoi! macam tak jumpa je semester depan. aish...jangan emo lebih2 woo...

ayied farid said...

ntahnye....lekluu~
insyaallah jmp lg taun depan...

nn said...

alah. cuti dua bulan je pun. haha