Wednesday, April 21, 2010

Selamat Hari Raya..



pertama kali membaca tajuk post ini terasa pelik..raya..aku ni mimpi ke apa.. bulan puasa pon lambat lagi.. aish.. sedang orang lain sibuk memerah otak dengan formula,fakta nak jawab exam..aku pula sibuk dengan angauku nak beraya..semalam aku mimpi penyimpan mohor besar raja-raja kata minggu depan raya..tersenyum aku masa bangun tidur..
manakan tidak..sejak beberapa hari ni,aku sanggup upload bermacam-macam lagu raya dari 4shared.. siap ada yang versi orkestra dan minus one lagi..sebut saja lagu apa..air mata syawal dari Siti Nurhaliza, Selamat hari raya dari Ahmad Jais..semua ada..

tambah pulak,aku sering kali membaca kad raya yang aku dapat pada raya yang lepas..walaupun satu je aku dapat,tapi setiap hari berapa kali aku ulang..entah..dah x terkira rasanya..terasa macam bahang raya dah nak dekat..

ada kol ibu hari tu,minta ibu buat ketupat daun palas dengan tapai lagi.. siap kena tengking lagi.. mana tidak nya.. tengah-tengah orang sibuk kerja balik ofis,kita plak sibuk nak beraya..

jangan nanti bila dah balik rumah cuti nanti, siap pasang pelita ngan lampu kelip depan rumah..pakai baju baru nak pergi beraya sorang-sorang..malu nanti!!..

apa yang berlaku sebenarnya ni??jangan-jangan nak dapat rezeki yang banyak kot..kan raya ni musim kumpul duit..amin..

**sedang mendengar lagu Dendang Perantau daripada Allahyarham P.Ramlee sambil makan biskut raya..ada kawan bagi..yeah!!

2 comments :

Shukri Mohd Ali said...

satu lagu raya je yg aku layan hari2. sepasang kurung biru dari khairil johar. touching. haha =D

Lizzie Yasmin said...

Jom nk join raya skali.. yeyeye raya.. Selamat Hari Raya. (menyanyi).. yeyeye
(smbil maen bunga api... )