Wednesday, August 18, 2010

Epilog Ramadhan buat Ibu..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam Ramadhan semua..

Ramadhan kali ini benar- benar menguji iman dan kesabaran aku.. Bermula 1 Ramadhan yang lalu, sehingga saat ini, pelbagai dugaan btalu-talu yang datang.. Allah SWT sentiasa menguji hamba-Nya dengan dugaan yang mampu ditempuh oleh hamba-Nya.. terngiang-ngiang di telinga aku akan kata-kata dari ustaz sek. rendahku..

Demam..Sakit Tekak..Batuk..selsema..MasyaAllah..Hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya berpuasa dalam keadaan sedemikian.. Dengan cuaca panas dan hujan yg x menentu, aku sebagai hamba redha sahaja dengan ujian-Nya..Adakah ini semua sebagai balasan dosa-dosaku sebelum ini? Hanya Allah yang tahu..

Masalah keluarga..Masalah kawan.. ditambah dengan masalah pelajaran.. malas untuk aku ceritakan 1 persatu..Apa yang pasti, bermula Ramadhan seminggu yang lalu, bermula ujian untuk aku..

Kadang-kadang aku rasa sangat lemah untuk hadapi semua ini.. Tapi bila aku hampir jatuh, kata-kata ibu membakar semangatku.. "Rozuan anak yang manja tapi hatinya tabah!! x boleh kalah dengan masalah!! Anak yang sentiasa berusaha melawan kesusahan!!" Kata-kata itu sentiasa bermain di fikiran aku..

Ibu,aku sentiasa cuba untuk melawan semua masalah itu.. Namun, kadang-kadang aku tersungkur oleh emosi dan perasaan.. Ibu tahu ketabahan aku.. Ibu tahu prinsip hidupku.. Ibu tahu aku suka berkorban demi kebahagiaan orang lain.. Aku tahu ibu pernah menangis kerana aku..


Maaf Ibu.. mungkin 20 tahun ini anakmu benar-benar tabah.. tapi hari ini, anakmu sudah hampir tersungkur.. Selama ini anakmu cuba menahan air mata, namun hari ini, anakmu biarkan sahaja air mata itu membasahi pipi.. anakmu sudah tidak setabah dahulu..

Ibu, keadaan di sini benar-benar mencabar ketabahan anakmu.. Ibu tahu akan kejujuran anakmu dalam persahabatan.. namun, hari ini anakmu tewas kerana dilemparkan satu fitnah.. Memang benar, fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.. Anakmu hampir kehilangan seorang kawan yg dianggap sebagai adik.. kerana fitnah itu..

Anakmu tahu..
Ibu sudah lali dengan perangaiku..Suka sangat berkorban untuk orang lain..
sehingga perasaan sendiri diabaikan..
biarlah ibu, anakmu ini dengan caranya tersendiri..

ibu..Moga kau dengar rintihan hatiku..
satu epilog cerita Ramadhan buatmu..

1 comment :

Maryam Fatanah said...

salam, wan...

ak pon demam gak ni dtambah pakej lengkap yg terdiri drpada skt tekak, pening, batuk n selesema...x leh nk rase ape2 da..
ape2 pon wan, kuatkan semangat ye..kita sbg org islam ade Tuhan utk kita mnx pertolongan..sesungguhnya Dia maha mendengar..insya allah Dia akan bntu ko..membebel plak ak ni..not to forget as a muslim jgn lupa amalan2 wajib dan sunat yg perlu diperbanyakkan..lg2 bulan pose ni kan..maaf kan ak klau kata2 ak menyinggung perasaan ko. kata2 ak ni buat peringatan ak juga...semoga kita dan yg lain2 bersama-sama tabah ye hadapi dugaan...