Saturday, August 21, 2010

hayatilah cerita penuh kesedihan ini..



Dia(bukan nama sebenar) sedang mengira hari sebelum tibanya 1 syawal yang penuh rasa kemuliaan dan kemenangan bagi seluruh umat islam seluruh dunia..

Manusia lain sedang sibuk melakukan pelbagai ibadah dalam bulan puasa dan sedih kerana Ramadhan kian meninggalkan kita. Namun dia bukanlah insan yang takbur,tidak mahu melakukan ibadah, tapi hatinya masih tidak senang dan tenteram memikirkan nasib dirinya.

Bayangkanlah ketika insan lain sibuk ke bazaar Ramadhan memilih juadah, Dia sekadar menikmati sekeping biskut dan air suam..kalau ada rezeki lebih, dapatlah Dia merasai buah tamar dan kuih.

Cerita ini bermula beberapa hari sebelum Ramadhan bermula, ada seorang yang tidak berperikemanusiaan yang telah melemparkan fitnah terhadap diri Dia kepada keluarga Dia. Bayangkan betapa teruk fitnah tersebut sehingga keluarga Dia tidak dapat menerimanya semula. Benar kata orang, fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh..

Dia kini hidup keseorangan..Bayangkan abangnya serta adik-beradiknya juga tidak dapat menerima Dia. tapi Dia bukanlah seorang yang cepat putus asa. Dia call, hantar mesej dekat family Dia walau jawapannya hampa.

Kini Dia memikirkan di mana dia perlu mencari duit untuk wang perbelanjaannya, yuran pengajiannya dan pelbagai lagi. Ketika saya mendengar cerita Dia, saya menitis air mata.

Dia tidak pernah fikir untuk beli baju raya atau apa-apa..Bagi Dia, Dia mahu keluarganya menerimanya semula pada 1 Syawal.. Saya bertanya kepadanya, "Dia akan sanbut raya nanti kat mana?".Dia menjawab, "Saya x pasti lagi, ikut keadaan..". Bayangkan ketika kita semua sudah tidak sabar mahu pulang untuk beraya, masih ada lagi insan yang belum tentu dapat beraya..
Namun,Dia pandai sembunyikan kesusahannya.Dia memang seorang periang dan tidak pernah menunjukkan masalhnya kepada kawan-kawannya.

Saya sempat membaca mesej yang dihantar oleh abang Dia kepada Dia.menitis air mata saya bila membacanya, bayangkan kata-kata kesat boleh keluar dari mulut abg kandung sendiri..

Kepada Dia, saya akan bantu anda..Saya tau Dia tabah..ya Allah, kau bantulah Dia

p/s syukurlah apa yang anda ada sekarang..

2 comments :

Bungakopi said...

dia kena minta sokongan kwn2 utk explainkan benda ni kat family dia.

Shukri Mohd Ali said...

doa beb, doa...mari berdoa untuk dia...