Tuesday, October 19, 2010

Dilema Sains Vs Sastera



teringat kata-kata lecturer dalam kuliah tadi..

"Saintis atau orang yang berkaitan dengan sains tidak boleh tadbir negara.. Kalau dapat jawatan Menteri pon, hanya untuk seketika sahaja.. Orang sastera je yang mampu tadbir negara.."

Sastera di sini bukan bermaksud belajar pasal bahasa atau kesusasteraan tetapi merangkumi sudut yang luas.. Sastera @ Art stream merangkumi sains politik,sains sosial, sains kemanusiaan termasuk sejarah, geografi..

Jadi, orang sastera ni penting lah ye.. Tapi ada satu masalah, kenapa mentaliti orang Malaysia terutama Melayu rasa student yang ambik aliran sastera ni low class..

Kalau kita perasan, budak yang hebat-hebat,semua masuk aliran sains.. budak yang pertengahan dan rendah disuruh masuk aliran sastera.. Kenapa ini berlaku? Kenapa bukan atas kehendak pelajar itu sendiri untuk memilih aliran yang mana..

Kalau lah benda ni terus berlaku, bagaimana kita mahu melahirkan pentadbir negara yang hebat2.. Kalau sistem pendidikan pon seperti ini dan mentaliti kita yang lebih mengagungkan budak Sains dan meminggirkan budak Sastera..

Sedarlah semua dari mimpi yang indah..Sains atau Sastera sama sahaja..Kedua-dua penting..
Tiada istilah golongan kelas kedua atau golongan terpinggir..

7 comments :

aCu said...

tu la masalahnye..haih~

ayied farid said...

betul juga kn...
tapi kalo yg amek sains bukan budak pandai...
mati la orang doktor2 sume bodo..heehe

caliphkaai said...

mungkin berbalik pada satu persoalan.

kenapa kita belajar?

kalau utk kerja besar, kereta besar, bini besar, rumah besar... why not? di malaysia dapat ke kerja tinggi-tinggi, berkelas-kelas melainkan kelayakan bukan sains?

kalau utk minat, berhenti sekejap. tepuk dada tanya selera. bidang apa yang berkenan. kalau minat jadi priority, akan terus masuk bidang kesusasteraan melayu walaupun mampu utk engineering.

kalau utk hidup, setakat diploma pun boleh berenti dah. kerja dari bawah. kumpul pengalaman. naik sikit-sikit.

maka, pilihlah yang mana baik utk diri.

peqa said...

hurm, tulah.
tapi dr mahathir sendiri pun berlatar belakang sains,

semua memainkan peranan yang penting, kalau dari segi pentadbiran negara tu, bukankah yang paling penting kita lihat latar belakang agamanya? tidak kiralah dia belajar apa pun (btw, tidk merujuk kpd mana2 parti)

sedangkan hadiah nobel pun ada kategori sastera, bukan sains shj.
belajar juga bukan untuk pakai kete besar semata-mata, tetapi belajar untuk menjadikan diri lebih berguna.

dan sebagai pelajar sastera jgn rasa rendah diri, sbgai pelajar sains, jangan angkuh, kerana kita semua meminkan peranan yang penting.

Aida Akin said...

ahah~~memang memang...terasa jugak la kan budak sains di sini...ingat lagi last year kite ade g program kt satu tempat ni..and dalam program tu semua budak sastera kite 2 org je ngn member budak sains..bila diorg tanye sape budak sains kt cni...kite angkat la tgn..semua org tgk cm.."woooo...budak sains..mesti otak cekang ni..." kalau budak sains mesti pandai ke..tak la...bangkang~! huhu kite tak la pandai sangat cuma bernasib baik je dapat masok aliran sains...hurmmm....

Anonymous said...


kalau cam tu lepas form 3 semua boleh masuk sains.Jadi bolehlah semua orang fahami apa itu sains dan susah payah pelajar sains bergelut utk dapat keputusan bagus.
Atau macam sebelum form 3 samakan aje subject utk semua calun SPM.Maksudnya jalan @ rintangan nak masuk IPTA tu sama susah senangnya...barulah adil!
Tak ramai pelajar sains keputusan
sederhana yg dpt lanjut pelajaran..lebih2 lagi nak kumpul kredit dalam kimia,add maths.biologi dan fizik.Kerajaan pula samakan aje syarat kelayakan bilangan kredit utk kemasukan form 6,dan mana2 IPTA.
Realitinya ramai aliran sastera berjaya genggam ijazah selepas form 6 walau pun mathematik moden gagal peringkat SPM.Budak sains pula ramai yg pegang diploma...dan
sbb itulah ramai aliran sains yang berketuakan budak2 sastera.Itu fakta dan byk terjadi.
Oleh sebab itu ramai generasi sekarang x memilih aliran sains walaupun result PMR bagus...mereka belajar dari pengalaman dan nasihat sekeliling bukan mudah nak mendalami teori fizik,menghafal formula kimia,merumuskan konsep add maths dan membuktikan kajian biologi sebenarnya tetapi penilaian diberi sama dari segi syarat ke IPTA,maktab, form six,pointer,t/duga kerja,gaji dll.Oleh itu wahai masyarakat jgn
menilai pelajar sains yg krg berjaya berbanding pelajar sastera
adalah terdiri dari mereka yg kurg bijak...
Oleh itu untuk lebih adil...samakan semua subjek,cabaran atau rintangan sama spt sebelum form 3...Pemilihan minat subject boleh dibuat bila dah berjaya lanjut pelajaran.Itu lebih adil bukan!

Anonymous said...

Dr.Mahathir yang berlatar belakangkan sains lebih kritis pemikirannya...lihat byk kemajuan yg dibawa.
Lebih berjaya lagi jika pemimpin bukan sahaja mempunyai fikiran yang bijak, kritis dan pro aktif tetapi disulami juga dengan kekuatan Islamik dgn berpandukan
Al-Quran dan Hadis.