Thursday, October 14, 2010

Masih bebal dan tidak disengajakan!!


ayat diatas saja yang mampu menggambarkan kebebalan pengurusan stadium Selangor yang masih menyusun kedudukan penyokong Kelantan dalam keadaan yang sengaja membangkit kemarahan segelintir penyokong Kelantan. Nasiblah ramai yang memilih untuk menyaksikan perlawanan ini sambil berdiri sekiranya duduk pasti tidak mencukupi ruang tempat duduk disediakan untuk penyokong Kelantan.
Seperti sedia maklum susunan penyokong Kelantan diberi serong ke belakang gol sedangkan ruang untuk Selangor banyak yang kosong. Keadaan telah sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan penyokong Kelantan yang mula melolos masuk bahagian bersebelahan kawasan media.
Mungkin Tiada Laporan Media dan Polis yang disahkan hari ini tetapi ini Buktinya:
Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar. Lihat gambar diatas.
Apakah begitu hina dan jijik penyokong Kelantan yang sentiasa diburukkan walaupun 1 kematian telah berlaku akibat dipukul ganas penyokong Selangor. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian tetapi hal ini berlaku di kalangan penyokong Selangor. Mengapa media boleh menutup kes keganasan penyokong seperti ini? Adakah kerana kematian ini berlaku pada penyokong Kelantan?. Lihat 2 gambar diatas.
Perkara ini dibangkitkan bukan untuk memanaskan suasana dan perasaan penyokong tetapi kami penyokong Kelantan mengharap satu laporan dan hukuman yang adil oleh semua pihak. Kes kematian ini dianggap serius dan lebih menyayat hati ianya dipandang sepi oleh media dan pihak berkuasa. Kami juga menyokong segala tindakan polis kepada penyokong kami yang ganas tetapi biarlah adil.
FAM perlu memandang serius perkara ini dan tidak hanya mengenakan hukuman yang berat sebelah sahaja. KAFA sentiasa mengutuk sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang. Terima kasih diatas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong The Red Warriors. Jumpa di Kota Bharu, kita akan pastikan separuh akhir milik kita. InsyaAllah..

ditulis dari laman web THE RED WARRIORS

3 comments :

awaniz said...

kelakar aku baca penulisan ni.. berat sebelah giler.. cakap media berat sebelah, tapi bila dia tulis berat sebelah tak perasan.. adoiai...

caliphkaai said...

ada emosi ka masa tulis?
erm...
bahaya tu. nanti cepat hilang kredibiliti.

aCu said...

hahaha...terpaksa menyokong kenyataan awaniz. hehehe.