Sunday, November 7, 2010

Kerana air mata mempunyai kuasa..




Dalam hidup aku ni,ada beberapa benda aku cepat sensitif..
biasalah,hati aku ni lembut,cepat terasa..
lain orang lainlah perangainya..
Tapi,aku x de la sensitif tak bertempat..
cuma bila aku hadapi sesuatu, aku cepat tersentuh..
mula lah air mata jantan tu nak menitis..haha..

1) Bila aku tengok orang cacat, orang miskin dan anak yatim..


aku pon tak tahu kenapa..Bila aku tengok cerita Bersamamu kt TV3 tu, aku mesti menangis.. Kadang-kadang aku saja je baring menghadap TV dan duduk saf paling depan sekali bila tgk TV..x nak bagi kantoi nangis la kononnya..huhu.. Bila aku tengok diorang, perasaan syukur tu datang.. Betapa ramai lagi orang yang lebih susah dari kita dan Kita ni dikira bertuah.. Apa yang buatkan hati aku lagi sebak, bila ketabahan diorang untuk teruskan hidup.. Bayangkan belajar dengan lampu minyak tanah,makan sekadar nasi dan kicap @ ubi kayu, tinggal di rumah yang hampir menyembah bumi.. Tapi semangat mereka untuk hidup dan semangat anak mereka untuk belajar buat aku rasa sebak..Bersyukurlah kita atas apa yang kita ada..


2) Apabila kawan menghadapi kesusahan..

Aku akui aku gemar mendengar masalah orang lain.. kadang-kadang masalah perlu dikongsi agar jiwa lebih tenang selain dari yang utama, meminta doa pada yang Esa.. Sahabat adalah orang yang sentiasa bersama kita di kala kita senang dan susah.. Bila aku tengok kawan aku ada masalah, aku cepat tersentuh, lebih-lebih lagi apabila orang yang mereka sayangi telah pergi buat selamanya..Kadang-kadang aku terfikir, kenapa mesti Dia..Kenapa bukan aku? aku mesti sedar,segala ujian datang dari Allah SWT dan ada hikmah disebaliknya.. Mungkin tidak semua, tetapi aku pernah menitis air mata kerana kawanku itu..Aku sebak apabila melihat ujian datang menimpa dia bertalu-talu..Moga Allah SWT sentiasa melindungi dia..

3) Apabila terkenang wajah ayah dan Ibu..


Betapa besar pengorbanan ibu dan ayah..Sejak kecil hingga dewasa, ibu dan ayah x pernah penat melayan kerenah aku..tapi, kadang-kadang kita sebagai anak, tidak pernah menghargainya dan apa yang lebih teruk, kita durhaka kepadanya..Tapi, sifat penyayang ibu dan ketegasan bapa sungguh kuat..Mereka masih boleh menerima kita seadanya walau seburuk mana perangai kita.. Itulah insan bergelar ibu dan bapa.. Di kala kita sibuk menghabiskan wang Ibu bapa, tidakkah tidak terfikir oleh kita, betapa ibu dan bapa bekerja siang malam, bekerja di lautan samudera yang panas, dibawah terik mentari berjam-jam.. semata-mata untuk mencari sesuap nasi, mencari rezeki yang halal..Titislah air matamu tanda bangganya kamu terhadap mereka.. Semoga mereka semua sentiasa dilindungi Allah SWT.. Sungguh mulia hatimu,Ayah dan Ibu..


Aku hanya insan biasa..lemah tiada daya..Air mata itu seolah-olah sebati dalam hidupku..
kerana air mata tanda kita bersyukur,kerana air mata tanda kita redha..
Kerana air mata tanda kita pasrah..

8 comments :

shima said...

air mata pengubat duka
air mata penawar lara
air mata cermin rasa
air mata penyembuh nestapa...
menangislah kerana air mata itu anugerah Allah..

Ciao Annin-sama said...

Sesungguhnya air mata yang menitis itu bukan sia-sia...

InsyaAllah, sekiranya kita menghargai orang-orang yang menghargai kita, membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan kita, hidup kita pasti aman dan tenang, amin :)

momochan said...

tetiba terharu pula...
miss my parents!!!huwaaa nak balik...banjir tolonglah surut.HAHA

uhhh~tengok bersamamu tambah lagi dengan background music memang mengalir je air mate ni

nur said...

rozuan.. air mata ibu yang jatuh akan menghapuskan 10kebajikan anaknya.. jangan lukakan hati ibu..
ALL IN ONE
scone tu blm pernah makan lagi.. nanti kalau dah try akan bgtau

Jey Yusuff said...

jey akan menangis bila perpisahan berlaku. salam perkenalan dari jey yusuff. follow blog anda

Emilia Emira said...

almk rindu rmh!nk blk! =((

Maryam Fatanah said...

wan,,,ni cik yam dtg komen..huhuhuhu
adoi, snsitif gk kawan ak ni rupanya...xpe..ak pon cm ko gk..tp ade tmbahan la jugak bnde yg wat ak nangis

cik EPAL said...

1 dan 3 tu memang betul lah. sesiapa pon boleh menangis . pulak pulak kalau sebab ibu bapa ni. lagilah sensitif