Sunday, November 7, 2010

Upin Ipin "Agenda Yahudi".. Apa korang merepek ni??


Assalamualaikum dan salam sejahtera
buat semua follower,blogger dan reader..

Perkara di bawah ini aku dapat dari blog kawan aku, Iqbal Zarin
dan ia diambil dari facebook
kawan-kawan baca dulu k..nanti aku komen..


**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DANBUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...******AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***
Sebutlah Uffin bukan Upin
Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul."
Sebutlah Ariffin bukan Ipin
Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl".

kalau kamu benar2 cintakan Allah dan Rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSI KAN BERSAMA***salam sejahtera..


Sangat sentap bila aku baca benda ini..
bukan aku percaya tapi aku nak tergelak..

Hey bangang,apasal korang suka relatekan semua benda dengan Zionis atau Israel..
Upin Ipin tu keluaran Malaysia bukannya Antarabangsa..
Kenapa masih ada yang bersifat paranoid??

Aku rasa penulis kat atas tuh cakap suka hati je..
Siapa kau nak kata solat aku tak sah 4o hari 4 malam?
Apa hak kau?
Kau jangan suka-suka nak gunakan nama Allah dan Rasul k..
Siapa kau nak ambil alih tugas Allah dan Rasul..

Pada penulis,mintaklah taubat banyak..
Jangan kita suka menimbulkan fitnah
sama seperti bangsa Yahudi dan zionis..

p/s countdown follower yang ke 100..siapa la yang bertuah tu??

10 comments :

paah mohamad said...

kenapa la tak logik sangat fikiran dorg nih? suka sangat nak samakan something. benda tu xde apa2 sebenarnya tapi depa yang duk sibuk2 buat kontroversi

Nur Diyana Mukhtar said...

tau xpe.. ngarut betul

ayied farid said...

gila betul...kalo cmtu xde bnda kt dunia ni yg xde kaitan dgn israel...sume xboleh makan,minum,tgk,pakai,last2 bogel...haha~ ngarut betul.

Rozuan Ismail said...

argh!!aku plak nak bagi komen..x puas lagi kan..sa[e yang buat ni merepek..x masuk akal..apa farid,bogel!!tidak!!itu ayat dent la..

hakeem kira said...

aku tabik org yg buat cerita ni . terlalu KREATIF! haha

[hakeemkira.blogspot.com]

IQBAL ZARIN said...

fikir2 balik.. entah2 org yg buat ni pun dia x suke konspirasi2 ni semua. n just nak perli sesape yang taksub sangat dengan semua ni.

tapi utk yg taksub sgt la kan, aku paling benci diorg bila ada yang tak percaya, then yang taksub ni ayat dia mesti mcm ni: ko ni ni islam ke kafir?

tengok. kita tau kan mengkafirkan sesama saudara islam tu tak baik.

lepas tu diorg ni sangat2 lah taksub dengan video the arrivals tu. tengok tu boleh tapi janganlah taksub. ni sampai ada yang dah jadikan pegangan pulak tu. mane2 bukti kukuh mesti nak refer kat video tu. mana al-quran dan hadis yang sepatutnya jadi pegangan kita?

org2 kafir tak payah nak susah payah pecah belahkan umat islam. lagi senang keje diorg.

awaniz said...

awaniz = "A"

alamak, aku sokong amerika... macam mana nih???

awaniz said...

lupa nak cakap, gua follower ko yang ke 100!!!!! jahat tak aku?? buat emel baru semata-mata nak dapat yang keseratus... HAHAHAHAHA

Nawal Atifah said...

haila..
haha..
tah pape tah org yg wat cte nih..
cte upin ipin ni kn asal mesia..
cenggane lak ley jd cte israel..
kakaka..

miya said...

entahlah.. aku pun bingung mula2 bilamasa plak upin ipin ada kaitan ngan israel? hishh... anyway, dah follow awk.


entri baru aku:
fasha sanda gedik
cinta ditolak,dukun bertindak!