Wednesday, December 15, 2010

Ayah Saiful Bukhari menghadap SPB Yang Di Pertuan Agong..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Gambar kat atas ni adalah gambar Ayah kepada Saiful Bukhari,Azlan
ketika menghantar surat luahan hati kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
kerana tidak tahan menanggung tekanan
akibat perbicaraan kes liwat anaknya yang terlalu lama sehingga tiga tahun

Antara luahan hati bapanya,

"Sebagai rakyat yang menjunjung undang-undang dan Perlembagaan, saya memohon perkenan menyampaikan suara hati saya kepada Yang di-Pertuan Agong kerana dalam tempoh tiga tahun ini kami sekeluarga terpaksa melalui pelbagai tekanan dan kesulitan.

 “Ia amat membebankan dan memberi tekanan kepada kami sekeluarga kerana kes ini mendapat liputan meluas dan membabitkan seorang ahli Dewan Rakyat. Saya amat berharap proses keadilan dapat dipercepatkan,” katanya dalam satu kenyataan yang diserahkan kepada wartawan di luar pintu masuk utama Istana Negara, semalam. 

Saya sayangkan anak saya Mohd Saiful Bukhari dan kami sekeluarga hanya mahu mendapatkan kebenaran serta keadilan bagi diri kami sekeluarga sebagai rakyat di bumi Malaysia ini,”