Friday, December 10, 2010

Cegah kanser serviks- pelalian HPV percuma untuk gadis

Assalamualaikum dan salam sejahtera
buat semua follower,blogger dan reader

Sejak beberapa bulan ni,
kalau tengok TV,surat khabar ke,
mesti ada iklan tentang suntikan pelalian HPV..


Sebenarnya, HPV atau nama panjang Human Papilloma Virus
adalah virus yang menyerang wanita
yang menyebabkan kanser Serviks..

So,sebagai langkah awal Kementerian Kesihatan Malaysia,
untuk mengurangkan risiko dan kes kanser serviks,
pelalian secara percuma diberikan kepada semua gadis Malaysia
yang berumur 13 tahun..

suntikan ini dilakukan secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan
  • Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
  • Suntikan kedua - satu (1) bulan selepas suntikan pertama.
  • Suntikan ketiga - enam (6) bulan dari suntikan pertama.

Bagi yang bersekolah,anda akan mendapat pelalian percuma di sekolah masing-masing
dan bagi yang tidak bersekolah,boleh dapatkan secara percuma di klinik yang berhampiran..

Dari segi masalah kandungan vaksin,Kementerian Kesihatan Malaysia
memberi jaminan bahawa semua kandungannya halal..

Diharap agar semua ibu bapa yang mempunyai anak perempuan
mengambil berat tentang masalah ni
sayangilah anak perempuan anda!!
jauhi kanser serviks!!

No comments :