Tuesday, December 14, 2010

Jom belajar bahasa ke 3!!


Hye semua..selamat petang..Moga sihat selalu

berbalik pada tajuk,mesti ada yang tak faham apa itu bahasa ke 3?

Bahasa Asing la.. Bahasa Pertama dan Bahasa Kedua kita adalah
Bahasa Melayu dan English..



Korang pernah belajar Bahasa Asing tak?
contoh macam Bahasa Jepun,Arab,Sepanyol,Mandarin,Perancis dan etc.

Pak Cek pernah belajar Bahasa Jepun waktu sekolah menengah dulu..
Subjek bahasa asing wajib untuk kami..
Pada awalnya kita rasa susah,tapi lama2 ok la..
x caya ke?try la..



Penting ke belajar bahasa asing?
setengah orang anggap tak penting..Kenapa?kita dalam sehari dok cakap Melayu..
ada la sikit2 English..cukup la tu..

Semua tanggapan tu salah..Banyak kepentingan belajar bahasa asing 
  1. bonus kepada kita bila sesi temuduga biasiswa(untuk para pelajar)
  2. bonus ketika sesi temuduga kerja (contoh Bahasa mandarin, dimana syarikat besar dipelopori oleh Bangsa Cina)
  3. peluang kerja sehingga ke luar negara(penterjemah bahasa,pemandu pelancong)
  4. memudahkan komunikasi(contoh Bahasa jepun digunakan secara am di Jepun dan bukan bahasa Inggeris)
  5. tidak mudah tertipu dengan bangsa lain
  6. Bangsa lain lebih hormat kita( Orang Perancis sangat menghormati orang bukan Perancis yang pandai berbahasa mereka)
byk lagi sebenarnya..so tak rugi ok..

Info!!
jose Rizal

ingat Kata2 dari Jose Rizal (orang filipina yang menguasai 22 bahasa dan dialek)
"orang yang mampu menguasai banyak bahasa adalah yang mampu menguasai dunia.."

Antara bahasa yang dikuasainya ialah bahasa Filipina(Tagalog),Bahasa Cebuano, Bahasa Melayu,Bahasa Arab,Bahasa Tionghoa,Bahasa Ibrani(Yahudi),Bahasa inggeris,Bahasa Jepun, Bahasa Itali,Bahasa sepanyol,Bahasa Catalan(Roman),Bahasa Portugis,Bahasa Latin,Bahasa Perancis,Bahasa Jerman,Bahasa Yunani,Bahasa Rusia,Bahasa Sanskrit dan dialek filipina yang lain


2 comments :

Izamir Ridzwan said...

huhu mesti otak jose rizal ni kuat.. IR ni 2 bhsa jer.. arab n mandarin tunggang langgang

deAnza-wAnda said...

stakat niy bru twu bahase asing sket2... france mandarin japanese n thai...