Wednesday, December 22, 2010

Khasiat Diet Nabi



p/s entri ini agak panjang tetapi berguna untuk semua..Diminta sabar untuk membaca..
Ingatlah..mengikut sunnah nabi akan mendapat ganjaran pahala..


Anda sedang diet?mau kuruskan badan..usah risau dan bimbang..
x perlu ambil sebarang produk utk langsingkan badan..
sekadar ikut sunnah nabi dalam cara berdiet..
moga mendapat keberkatan darinya..

sebelum tu,kita lihat satu hadis dari Imam Bukhari

Mengikut Sahl bin Saad,"Aku tidak pernah melihat nabi memakan roti yang diperbuat dari tepung putih yang diayak sehingga baginda wafat." beliau ditanya oleh seseorang," bagaimana kamu membuat tepung tanpa diayak?" Sahl bin Saad menjawab," Kami menumbuk barli kemudian menghembus untuk membuang kulitnya. Kemudian kami menggunakan yang baki untuk memasak dan makan."

Dalam bahasa inggeris,barli seperti ini dinamakan husked barley, dalam keadaan begitu barli mengekalkan zat dan vitaminnya.

  • Barli
-mengandungi beta glucan yg boleh mengurangkan paras kolesterol dengan mencantum kolesterol kepada bile acids untuk dibuang bersama najis.
-mengandungi selenium yang mampu mencegah dari penyakit kanser.
-mengandungi bahan antioksidan dari vitamin E yg bernama tocotrienols yang berpotensi mencegah kanser payudara dan kulit.
-mengandungi Niasin dalam vitamin B yang boleh melambatkan pembekuan darah.
-mengandungi manganese yg diperlukan bagi pembinaan tulang dan hormon seks.


  • Gandum Sempurna (Whole Grain Wheat)
Aisyah r.a berkata "keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperoleh roti)mereka terpaksa memakan tamar." hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

-mengandungi protein,serat dan vitamin E yg tinggi
-risiko yg rendah untuk penyakit jantung.


  • Tamar
Aisyah r.a. berkata, " Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging."

-mengandungi 15 jenis garam dan mineral,kaya dengan vitamin,kadar karbohidrat yg tinggi antara 44-88%, kadar serat antara 6.4-11.5%,kadar protein antara 2.3-5.6%, kadar lemak antara 0.2-0.5% dan minyak antara 0.2-0.5%.
-protein buah tamar dibina daripada 23 jenis asid amino yang sukar dijumpai dalam buah yang lain.
-mengandungi fluorin yg boleh menguatkan gigi.
-gulanya terdiri daripada glukosa dan fruktosa dan mempunyai kelebihan kerana diserap kedalam badan tanpa proses penghadaman.
-khasiat buah tamar diiktiraf oleh Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai makanan yang amat berkhasiat dan makanan ideal untuk masa hadapan.


  • Tembikai
Aisyah r.a. berkata, "Rasulullah SAW pernah makan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah."Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

-mengandungi 92% air dan 8% gula.
-mengandungi antioksidan lycopene yang boleh mencegah kanser dan mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan lelaki.
-kaya dengan vitamin C dan beta karotena yang boleh membaiki sel-sel badandan mampu membunuh sel-sel kanser.
-kaya dengan Kalium yang boleh merendahkan tekanan darahdan menghalang bad cholesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
-mengandungi asid folik yang boleh mencegah bayi dalam kandungan daripada cacat.


  • Mentimun
Abdullah bin jaafar berkata,"Saya melihat Rasulullah SAW memakan tamar basah dan sayur dari jenis mentimun(cucumber)"Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

-kaya dengan air yang dapat menyejukkan badan
-mengandungi vitamin C dan caffeic acid yg mampu menghilangkan bengkak di badan dan meredakan radang kulit.
-mengandungi silika yang mampu menjamin kesihatan sistem saraf.
-mengandungi kalium dan magnesium yang boleh merendahkan tekanan darah dan mencegah penyakit darah tinggi.
pengambilan mentimun yang kaya dengan air bersama tamar basah yang kaya dengan serat adalah sangat brmanfaat dan diiktiraf oleh pakar pemakanan antarabangsa


Moga2 segala yg kita lakukan dapat keberkatan..
Sesungguhnya diet nabi adalah yang terbaik..

6 comments :

Ummi AmnaAmzar said...

bagus la entry ni...semoga org yg bc dpt manfaat..

Izamir Ridzwan said...

wahh menarik info ni.. sgt berguna

Izamir Ridzwan said...

wahh menarik info ni.. sgt berguna

Sham said...

Yes terbayekkk... Diet terhebat dari Manusia Terhebat...

Mata Hati said...

semua makanan diatas memang berkhasiat. dan semua tu saya selalu makan paling kurang seminggu sekali

Azuan said...

terbaik!