Friday, December 24, 2010

Lelaki Lembut juga manusia biasa!!


Assalamualaikum dan selamat pagi
blogwalking awal pagi tadi dan berminat
dengan satu entri dari blog DuniaZara


Terlebih dahulu aku nak minta maaf dari hujung jari yang menaip hingga ke lubuk suara hati yang mengilhamkan entry aku kali ni. Andai ada yang di luar sana yang terasa ke apa, salah tulis apa-apa ke dalam entry ni. Harap di ampun ye. Niat di hati cuma mahu berkongsi saje. hehe.


Terfikir pulak aku kali ni nak wat entry tentang lelaki lembut @ adik- adik. Dalam dunia ni, macam2 jenis manusia ada, dan tak terkecuali jugak jenis2 lelaki lembut ni. Masalahnyer sekarang, kenapa diorang ni lembut? xboley ke kalo keras macam lelaki biasa?

Lelaki lembut dikategorikan kepada dua jenis iaitu :
  1. Lelaki yang semulajadi lembut tetapi tetap lelaki sejati (nalurinya cenderung kepada perempuan
  2. Lelaki lembut yang seolah-olah dibuat-buat dan cenderung kepada kaum sejenis (lelaki juga) juga dipanggil transeksual.

Tapi entry aku ni adalah merujuk kepada jenis yang pertama tu. ^_^



Hoho. pada pandangan aku lelaki tu lembut mungkin sebab:

- kecelaruan identiti

-Terlebih hormon perempuan kot dalam badan diorang. betul ke ada dalam fakta sains? huhu.

-Pastu persekitaran sedari kecik, bergaul dengan kawan2 perempuan.

-Peranan ibu bapa, mungkin mengidam nak anak perempuan tapi lahir anak lelaki. mistake bila anak tu dilayan dan dipakaikan baju macam perempuan.

-Mungkin dia dibesarkan dalam keluarga adik beradik semua perempuan. so kira efek dengan dia lah dari segi semua aspek kehidupan. so sekarang ni nak ubah pun memang sukar.


Menurut pakar terapi seks, seseorang lelaki itu ditentukan oleh empat komponen dalam menentukan sejauh mana ia lelaki sejati. Empat komponen tersebut adalah :
-perasaan atau emosi
-tingkah laku
- nafsu
- pemikiran



Mungkin kelebihan lelaki lembut ni:

- nampak lembut di luar, 
-sopan santun, 
-ramah, 
-lebih menghormati, 
-berbudi bahasa 
-senang untuk diajak berkawan
- memahami perasaan perempuan.

(Tapi bila marah, lebih power dari lelaki biasa woo)

Tapi jangan salah anggap, Lelaki lembut tak semestinya:

-gay
-mak nyah
-pondan

Bagi aku tak salah lelaki lembut tu, aku ok jer asalkan: 

-mereka ni sekadar lembut tetapi tidak sesekali menyerupai perempuan.
- tidak melanggar fitrah manusia yang berpasangan antara lelaki dan perempuan.
- menunaikan perintah dan larangan Allah.


Korang ada sahabat lelaki yang lembut? aku ade jer kawan lelaki yang lembut. Diorang ok2 jer n sporting segala. Yang penting walau lembut diorang ni sangat bersemangat waja taw. Walaupun ramai yang dok kutuk cakap diorang ni pondan la, tapi bagi aku diorang tu bukan pondan @mak nyah sebab aku dah kenal diorang tu macam mana. 

Diorang syok kat perempuan sama macam lelaki biasa gak. Kalau pondan tu memang syok kat lelaki r kebanyakannya, gay apatah lagi, memang bahaya, pandai jek nak sorok yang dye gay.Well~ kita tak boleh nak judge orang tu sesuka hati kalau kita tak betul-betul kenal dengan orang tu. Lebih-lebih lagi lelaki lembut. Kesian jugak bila orang2 kat luar cop diorang ni pondan segala. Yela, tu bukan kehendak diorang kot. 

Pernah gak aku dengar ada lelaki biasa bertukar jadi lelaki lembut lepas frust ngan awek dia. Tak kurang ade gak yang asalnya lembut jd normal balik semata mata nak pikat perempuan yang dye minat. hoho.

Kalau ade korang yang tak senang dengan lelaki lembut ni, janganlah layan diorang sesuka hati jek. diorang pun manusia gak. kadang2 lebih sensitif dari perempuan. huhu. sebagai kawan kita patutlah respect diorang n tolong apa yang patut, tapi janganla galakkan lagi diorang makin bersemangat jadi lembut. Kalau diorang tak jalankan sebetulnya peranan diorang as muslim sejati, sebaiknye kita bimbing la diorang. Diorang ni senang je nak dengar kalo kita tegur elok2.. ^_^

Apa-apa pun, Allah berkuasa dalam menciptakan sekelian alam.Tuhan yg menciptakan sesuatu itu berlainan  dan berbeza-beza untuk membuktikan Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Bijak,bukan untuk dipersalahkan. Terpulang kepada kita manusia sendiri sama ada untuk berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya. lelaki lembut ni boleh je jadi lelaki sejati yang biasa andai kita memberikan sokongan kepada diorang dan kalau diorang betul2 nekad. lagipun Allah menciptakan semuanya berhikmah, Allah lebih tahu akan apa yang ditentukannya. ^_^

Ok la, tu je entry kali ni yang aku nak kongsikan bersama. Kalau korang ada apa2 komen, pendapat yang berkaitan dengan entry ni sila2 lah kongsi. ^_^

Bubye!

Thanks for reading this entry.

hasil Nukilan blog DuniaZara

7 comments :

Zara Affendi said...

huuuuuua~ hahahha.. patot macam kenal jek entry nih. :) tq sbb kreditkan ke blog zara yer.

KizZ said...

Ahah betul2..kiz stuju kamu...upps,and zara...mane leh pandang serong.untuk yang pertama tu lah..kiz ada je member yang cmtu..dia ok je sbnrnya cuma mmg dah lembut cket..tapi takde la dia saje nak wat suara2 bapuk tu..masih tak faham nape sore bapuk sume akan jadi same lepas tranformasi menjadi bapuk..

Jom sini,
Kiz Garden

cik_paan said...

kawan dengan lelaki lembut..oh well, they are okey..tapi mulut, Allah saje yg taw..

tapi kwn lelaki lembut ni, kne hati2, tgn dye suke la sentuh perempuan....

tak semua perempuan angga it's ok kne pegang kat lelaki

ateeka amer said...

aku plak kasar. terlebih hormon laki ek? ;p

nelly said...

setuju entry ni
hihi

aiz-DIN said...

Setuju entri nie...
mereka juga manusia biasa seperti kita...dan kita tiada hak nak menghukum diaorang, kerana hak itu hanya pada Allah SWT sahaja... ^.^

p/s: kadang-kadang lelaki lembut nie lagi kacak tau... heheee.... :P

kiwi said...

sebagai perempuan, kiwi rasa lelaki lembut ni sangat best dibuat kawan. walaupun diorang ni kadang2 mulut laser :P