Wednesday, December 29, 2010

Punca berlaku bencana di Malaysia dek manusia ubah tabii alam..Jangan rasa terlampau selesa!!

MALAYSIA pernah dikenali sebagai negara yang bebas daripada bencana alam. Kita bernasib baik kerana tergolong dalam negara yang tidak akan diganggu oleh letusan gunung berapi dan gegaran gempa bumi. Justeru, Malaysia tidak memiliki dasar dan agensi kerajaan yang khusus untuk menangani isu bencana alam tabii..




Namun,segalanya berubah bila,,







Pada 11 Disember 1994, Malaysia digemparkan dengan bencana runtuhan bangunan Highlands Tower yang mengorbankan 48 penghuninya. Bangunan itu musnah disebabkan kejadian tanah runtuh di cerun bukit di belakangnya yang mengakibatkan tapak bangunan itu musnah. Pada ketika itu, masyarakat Malaysia mula bertanya beberapa soalan asas seperti, apa itu tanah runtuh, bagaimana puncanya, apakah bencana ini boleh terjadi dan memusnahkan harta benda?






Selepas itu,,,







Satu lagi sejarah penting bencana tabii yang melanda dunia, dan cebisannya dirasai oleh Malaysia ialah gempa bumi besar yang berpusat di Aceh pada 26 Disember 2004. Bencana ini di luar dugaan minda manusia, dan benar-benar menyedarkan komuniti dunia bahawa bencana geologi boleh bersifat global! Lanjutan daripada gempa bumi besar itu, air lautan teranjak dan bergerak menyamai ombak yang dikenali ‘tsunami’. 




Kesimpulannya,kerana tangan manusia itu sendiri berlaku sebegitu..Janganlah rasa selesa sangat kerana kita berada di kawasan luar bencana alam..


Tuhan mampu uji kita bila-bila masa..Sentiasalah kita mengingatinya..

1 comment :

IQBAL ZARIN said...

ye lah. msia dah ade ke develope sumthg utk preparation kalau2 berlaku lg bencana alam like tsunami tu? so far x de lg gempa bumi. yang ni pun msia kena amek early precautions gak.