Wednesday, December 22, 2010

Teater Natrah: Antara Cinta, Maruah dan Airmata





Assalamualaikum dan salam sejahtera
buat semua follower,blogger dan reader

Pernah dengar pasal Teater Natrah??ala..cita arahan Erma Fatima tu la.. dengar kata kecoh sekarang ni.. nak tahu kenapa? Ari tu ada la tengok dalam Melodi.. ada pergaduhan antara Erma Fatima dan penulis novel Natrah, Datin Seri Fatini Yaacob.


Lantaklah,yang penting, teater Natrah dah berjaya dimainkan di Pentas Istana Budaya..
jom sama kita baca sinopsis cerita Natrah k!!




Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.




Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.
Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!


Ayuh sama-sama kita ambil iktibar dengan Teater Natrah yang penuh dengan isu dan konflik ini..
Sebagai umat Islam,kita seharusnya sedar dan bangkit berjuang dan bukan mengikut kehendak orang lain..


7 comments :

apezs shah said...

alaaaa pakcek.. pasal pergaduhan tu mmg pon, dah lama dibangkitkan. sbb ciplak katanya dan kata erma tak pandai mengarah kerana terpesong dr jln sebenar.. walhal erma dah terangkan. xde tepesong tetapi antara novel atau penulisan serta berlakon semuanya berbeza.. jadi ia tidak boleh disamakan.. dia pandai menulis tidak semestinya erma pandai menulis. erma pandai berlakon serta mengarah tidak semestinya dia pandai melakukan benda yg sama. itu kata erma..;) saya sokong.!

Sepatu Hijau said...

salam

pernah baca,...

cuma rasa sy tidak layak untuk memperbahaskan isu itu :)

sekamar rindu said...

salam..


apapun kisah natrah menjadi sejarah tragis yg menyayat hati...di mana cinta diragut, berkisah tentang pengorbanan, kasih sayang yg hilang. kesetiaan suami pada isterinya meskipun isteri telah dipisahkan dengan tragis oleh tangan2 yang tak mengerti..

memang sungguh tragis kisah ni

Shahazrin said...

http://www.shahazrin.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html

anda di tag

Puteri Iqa Izyan said...

mcm best je cite nih kan :))

baincardin said...

Jom layan 'Part 4' plak. ngeeee....^_^

b a m b a m ' s said...

saya dah tengokkkk!awesomeee! :P