Sunday, December 12, 2010

Yahudi di Kuala Lumpur


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua follower,blogger dan reader..

korang jangan terkejut plak bila bangsa Yahudi juga wujud di Malaysia..
Dan mungkin di sekeliling anda sebenarnya ada yang berbangsa Yahudi..
Ayuh kita terjah apa yang berlaku sebenarnya!!


Adanya kubur Yahudi di Jalan Yahudi, Pulau Pinang membuktikan bahawa bangsa Yahudi ada di Malaysia sehingga sekarang khususnya di Kuala Lumpur. Walaupun minoriti, tetapi yang sedikit ini adalah beragama Judais, jika beragama lain mungkin lebih ramai.

Dalam laman web milik Andrew Harris (seorang Yahudi Australia), penulis serta juru gambar bebas, beliau telah menemuramah seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi yang menetap di Malaysia serta mempunyai kilang perusahaan sendiri di Kuala Lumpur.

Di dalam temu ramah bersama pemilik Malaysia Chabad Home iaitu Gary Braut, Andrew bertanyakan beberapa soalan berkaitan kehidupan mereka sebagai Yahudi di Malaysia. Dalam temu ramah itu juga Andrew mendedahkan Braut pernah beberapa kali berjumpa Dr. Mahathir serta mengenali rakan sekuliah Dr. Mahathir yang berbangsa Yahudi iaitu Dr. Yahya Cohen ketika menuntut di Universiti Malaya, Singapura.

(Gambar) bahagian kilang milik Gary Braut juga terdapat bingkai ayat Al-Quran. Mungkin Braut juga tahu serba sedikit bahasa Arab dan memahami budaya umat Islam Malaysia.


(Gambar) Rumah Braut di Kuala Lumpur.

Kata Braut tentang keadaan kehidupannya di Malaysia perlu kita perhatikan, katanya;

“More comfortable than Brooklyn, that’s for sure.”

P/S: Artikel ini sekadar membuktikan adanya Yahudi bermastautin di Malaysia. Dan ia juga membuktikan Yahudi selesa di negara Islam tetapi umat Islam sentiasa diundang bahaya di negara Nasrani dan Yahudi.


3 comments :

zacky ~786~ said...

menarik bro . !

Nawal Atifah said...

camner ley tersesat r?
dlu2 mesia ade hbngn diplomatik ngan israel ke ea?

SobriMansor said...

Bak kata Usop dalam citer Hantu kak Lima Balik Rumah "Kita bako jer umah dia"...hehehhe

Tak baik tau main bako-bako...huhuuh