Monday, January 3, 2011

2 tahun berlalu.. Aku masih tidak dapat memikat hatimu..



hampir 2 tahun berlalu,
aku masih belum dapat memikat hatimu..

setiap kali aku makan,aku akan mengajakmu..
kerana aku bimbang engkau belum makan..

Setiap kali aku pergi ke mana-mana,aku akan bertanya kepadamu
takut-takut engkau mahu memesan sesuatu..

Setiap kali engkau mengajakku ke mana-mana,
aku mengikut saja kerna aku tidak mahu menyusahkanmu..

lebih banyak dari itu sebenarnya..
tidak cukup untuk aku luahkan di sini..

Namun,aku rasa masih gagal
untuk jadi yang terbaik untuk dirimu
walau engkau pernah katakan kita tidak serasi
kau pernah katakan cuba lupakan engkau dalam hidupku..
aku ridak pernah patah semangat untuk mengenalimu..

Aku harap segalanya berakhir dengan bahagia
Semoga tuhan sentiasa memberikan yang terbaik untuk dirimu
andai kata aku diberi satu hajat,aku mahu jadi temanmu yang terbaik
Semoga segala doaku terhadapmu dimakbulkan

Luahan hati kerdil merenung nasib sendiri..

1 comment :

shima said...

huhuhu... jangan give up ye Rozuan... teruskan memikat hatinya...