Sunday, January 2, 2011

Ibu.. Engkau tiada pengganti kerna Engkau insan paling istimewa dalam hidupku..



Biar engkau tidak secantik ibu orang lain

Biar engkau tidak sebijak ibu orang lain

Biar engkau tidak terkenal seperti ibu orang lain

itu tidak mengapa

Ibu adalah orang paling cantik,bijak dan terkenal di hati wan..



Wan tahu betapa perit ibu besarkan wan

Wan tahu betapa tabah hati ibu terima fitnah orang

Wan tahu betapa penyayang hati ibu menjaga wan

cukuplah dengan keperitan hidup masa lampau


Kini wan sudah mula kenal erti cabaran dan dugaan dunia

Wan pula yang mahu menjaga ibu 

seperti waktu ibu menjaga wan waktu kecil dulu..


Terima Kasih ibu

Andai wan diberi peluang untuk memilih siapa ke Syurga

Ibu orang yang pertama 

kerana Ibu adalah segalanya..




2 comments :

Novelgurl said...

sYurga di bwh telaak kaki ibu ;

Bungakopi said...

ibu adalah insan yg tk boleh diterngkan kehalusan perasaannya thadap anak wpun dgn kata2..huhu. (rindu ibu)