Thursday, January 20, 2011

Manifestasi MEFeK pencetus Festival Kolej Rahim Kajai '11




Selamat pagi semua..
bermula esok,asrama yang wan stay dekat UKM ni
Kolej Rahim Kajai
akan adakan satu festival tahunan iaitu Festival Kajai..
Festival ini adalah bawah kelolaan
MEFeK atau nama penuh dia Majlis Eksekutif Festival Kajai
dan tema pada tahun ini ialah 
"Manifestasi MEFeK"

Program ini adalah untuk mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim antara warga Kolej Rahim Kajai itu sendiri dengan penduduk setempat..
wan sendiri bertindak sebagai Pengarah Persembahan untuk majlis tersebut..
kalau korang yang duduk area sekitar tu,boleh la datang ke UKM
yang duk jauh pon boleh..hehe..join jer..open public..free of charge!!

venue : Dataran Panggung Seni UKM (dekat dengan pintu pagar Utama UKM Bangi)
masa : 9 pagi sehingga 11 malam
tarikh : 21-23 Januari 2011



ini adalah antara poster yang kami hasilkan..


Saksikan kerancakan band bertanding dengan cetusan alunan muzik di
Battle of The Band
Tontonilah gabungan elemen lakonan,tarian,muzik dan nyanyian dalam
Malam Teater Muzikal
Alami keseronokan bermain game PES bersama rakan tersayang di
LAN PARTY

tunjukkan skill anda mengawal bola dalam
Futsal Open
Rasailah kembali kenangan permainan zaman kanak-kanak dahulu dalam
Sukan Rakyat
Kembangkan bakat nyanyian anda dalam
Suara Sensasi

tunjukkan semangat anda dalam berpasukan dalam
Volleyball Inter-Varsity
nukilkan kreativiti dan bakat terpendam anda dalam
Gubahan Buah
Alami Permainan moden yang serba mencabar dalam
Creative Games


nantikan kemunculan My TV3 Rovers di Tapak Festival
dari jam 10 pagi hingga 5 petang
hari Sabtu dan Ahad
dan anda mungkin dapat masuk TV!! pergh!!
join slot mereka dan games mereka adakan..
dan
nantikan kemunculan artis Irma Hasmie dan Adeline Tsen(Drama Muzikal Hotel Mania)

irma hasmie

adeline tsen


Pada malam perasmian nanti, Jumaat malam,21 Januari tepat 8 malam
kami tampilkan artis Fynn Jamal untuk membuat persembahan akustik
Ayuh sama-sama kita saksikan artis baru yang sangat berbakat


dan pada malam penutup nanti,23hb Januari 2010,8 malam 
kami hidangkan anda semua dengan persembahan artis
daripada dua buah band yang baru meningkat naik
tapi saksikan sendiri,kehebatan mereka beraksi di atas pentas

Nuclear Strikes

Black Days

dan penampilan khas

Fazli Zainal


Jangan risau tentang makanan
kerana kami menyediakan pelbagai jenis variasi makanan
dan kami juga menyediakan gerai yang menjual barangan seperti pakaian dan sebagainya..

Terdapat juga pameran Kebudayaan dan juga pameran lain
Mahukan gambar anda diabadikan oleh kartunis berbakat??
Ayuh join Festival ini




Nantikan kemunculan Istimewa Demonstrasi Kecemasan dan menyelamat
dari JABATAN PERTAHANAN AWAN MALAYSIA
anda pasti mengaguminya!!



Kami juga mengadakan Festival ini
berkonsepkan "Go Green"
sebagai langkah untuk menjaga alam sekitar yang semakin tercemar

untuk membantu kami menjayakan visi ini
Kami galakkan anda membawa plastik bag yang boleh dikitar semula
dan bagi menjayakan lagi misi ini
sumbanglah setakat yang mampu ke tabung MEFeK kami!!
sebagai sokongan anda terhadap program Go Green ini!!

"Raikan Kemeriahan Festival Kajai bersama orang yang tersayang.."

None but the Best

10 comments :

MiSzy DiaN said...

wahhh bestnya ada program kt kolej..hehe.. dah mula rasa rindu maw balik kuliah..huhuhu

IWAN HEZWAN said...

sure g...

aCu said...

wanje, tho cika geram dgn certain org atasan dlm mefek kali ni, tp cika tetap sokong mefek demi kolej tercinta. all da best tau nanti! boleh kajai~~~*gaya abg pidot*

ps: eh, korg kenal abg pidot tak?

Sapika! said...

beronok-ronok~

nur aisya humaira said...

woowww,siap ade artis tu...;)
besar punye festival..

eqbalzack said...

menarik ni...

Shaofie said...

wan! good luck! kalau free nt aku g. dah dekat dah keris mas dgn pgg seni tuh. hahaha. best of luck with your mefek! kem salam lokman.

Zaiya said...

baru 1st time dtg sini... jejak entri.. macam best jer agenda korang.. huhuhu.. fynn jamal best dowh..

azalia hjsalleh said...

woahhhhhh bestnya
ade fynn jamal lg arr best ;)

Anonymous said...

prog dah selesai. tahniah.
tapi...
celah mana go green nye???
pameran go green pun tak ada, talk ttg green thing pun tak ada, ape tah lagi prog2 len ttg go green...
haish~
bek edit balik promosi kat atas ni...