Monday, March 21, 2011

Amerika Syarikat | Serang Libya

Amerika syarikat dan sekutu serang Libya?kenapa?

Beberapa kenderaan tentera Gaddafi musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis.

Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis melancarkan peluru berpandu Tomahawk dan membuat serangan udara terhadap beberapa sasaran di Libya awal pagi semalam, mencetuskan kemarahan pemimpin negara Arab itu, Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan kawasan Mediterranean sebagai ‘medan perang.’


Jet pejuang Perancis lewat kelmarin memulakan serangan dalam operasi ‘Odyssey Dawn’ itu yang bertujuan menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara Libya selaras resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diluluskan Khamis lalu.


Operasi berkenaan yang menyaksikan kereta kebal dan kereta perisai tentera Gaddafi dibedil, adalah campur tangan ketenteraan antarabangsa terbesar di rantau Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003.


Tentera Gaddafi mendakwa 48 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan ulama terbunuh dan 150 cedera dalam serangan tentera bersekutu itu, bagaimanapun angka itu tidak dapat disahkan oleh pihak berkecuali.



Keganasan meletus di Libya sejak sebulan lalu apabila Gaddafi cuba menghapuskan bantahan rakyat yang mahu menamatkan pemerintahan kuku besi beliau sejak 42 tahun lalu.


Berita sepenuhnya di sini : Berita Harian

2 comments :

mamawana said...

Kalu Israel laknatullah serang Palestine, Sabra Shatila, Gaza depa wat donno ajer... depa amik kesempatan atas krisis Libya...

aCu said...

actually tak faham kenapa AS nak cmpur tangn tho Gaddafi tu mmg patut digulingkan.