Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !


Segmen Terima Kasih Ibu oleh ben Ashaari

nak join,boleh klik banner kat bawah ni



Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..


Ketika kami menerima berita kematian abang yang aku sayang..Kami tinggal di kelantan dan abang belajar di UTM Skudai,Johor.. Ibu memang tak dapat menerima berita itu tapi aku tahu ibu kuat.. Ibu menahan air mata sebak..Ibu memang tabah.. Aku tahu ibu mahu keluarkan air mata tapi ibu tahan.. Ibu memang seorang yang tabah dan rajin.. Bagaimana dia besarkan kami dalam kepayahan dengan kemiskinan yang kami hadapi.Tapi,itu semua bukan halangan baginya untuk lihat kami semua masuk universiti.. Mungkin di saat kematian abang,ibu agak sebak kerana anaknya pergi dahulu daripadanya.. Ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan abang..Kadang-kadang aku berbual dengan ibu tentang abang. Dan ibu tersenyum dalam kesedihan.Buat ibu,engkau ibu terbaik untuk kami!!


Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ?

Sebenarnya tiada istilah untuk dilebihkan.. tapi,kalau nak dibandingkan aku ni anak emak.. sentiasa rapat dengan mak,kalau ada masalah cakap dengan mak..Mungkin mak lebih sensitif dan memahami..

 Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ?

Tidak sama sekali.Hanya anak yang tidak bersyukur letakkan ibu mereka di sana.Aku sanggup jaga mereka kerana mereka orang yang paling banyak berkorban untuk aku..Mungkin tiada orang lain yang sayang aku,tapi aku tahu merekalah orang yang sentiasa menyayangi aku..


Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ..

Mereka semua tidak berhati perut. Mereka suka melihat ibu bapa mereka mati asalkan mereka dapat harta.. Mereka ni tidak patut hidup kerana tidak pernah bersyukur.Sepatutnya mereka agihkan harta pusaka itu dengan seadilnya antara adik beradik dan bukan bercakaran..

20 comments :

saya YANA said...

tiada kasih sayang yg boleh tandingi kasih sayang ibu bapa..

whitecappuccino said...

Sedih baca part atas tu :(

mas saari said...

salam singgah
hargailah ibu anda selagi dia masih ada!

Hazrina Erin said...

ibu adalah yang terbaik!^^

jom singgah (:
http://whenisaidsomething.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-terima-kasih-ibu.html

Nadhirah-chan said...

ibu awak taknak menangis sebab taknak awak dengan family lemah semangat . ibu memang terbaik ^^

Kalamhati said...

hmm sedih..kasih ibu tiada tolok bandingnya

IMANSHAH said...

ibu segalanya

Azza Firza said...

sedih, ibu tanak tunjuk kesedihannya depan anak anak :') kadang2 macam tu lah, tabahkan hati ye . visit me too yaa :

kasih ibu membawa ke syurga =)

KuLiN said...

salam singgah

setuju sangat part last..huhu itu harta dunia smata-mata,lbih baik erebut buat amal kpd kdua ibubapa

solo molo said...

bersama-sama berusaha menjadi anak yg s0leh...

saya sayang Mak Munah saya !!!~

shahjiehan said...

saya syg ibu saya


jom baca dan komen Saya Sayang emak saya

cik Dil said...

bg Dil 2 2 penting..
meleleh-leleh air mata time taip entry ni..sampaikan kwn tegur, awat nanges.. =')

Zanna Orked said...

Nice entry. (: Huhu. Sedih.

cik najihah said...

ibu harta paling amat berharga...
jum bace kisah sadis sy juge :)

Lulu caldina said...

Semoga ibu bapa kita dilindungi...
Tanpa mereka siapalah kita...huhu

qasehraihan said...

kasih ib bawa ke syurga..huhu..tetiba rindu ibu

Wan Hafisah Collection's said...

rajinnya wan join segmen ben.

harap2 wan xpnh lupa tgjwb sbgi seorg anak.

nadiemsharmz said...

salam..jengok2 dan baca entri segmen incik ben..=)

pRiNCe said...

sob3...knangn adalah bnda yg susah nak dilupakan sama ada pahit atau buruk..

prince doakan kite same2 menjadi anak yang soleh n solehah...:)

mamawana said...

Indahnya wajah ibu.. garis2 penuaan diwajah ibu bagai riak riak duka, luka, cekal, sabar dan tabah dlm mendidik anak2 dewasa menjadi insan cemerlang...