Friday, March 18, 2011

Elak 'Chernobyl Baru' | Jepun ada 48 Jam Lagi


Sebelum lebih lanjut, tahu tak Chernobyl tu apa?
kita balik kepada sejarah..

Chernobyl ialah Insiden di loji jana kuasa nuklear Chernobyl di Ukraine pada 26 April 1986 menyebabkan 57 kematian langsung, dengan tambahan 4,000 kematian akibat kanser.


HELIKOPTER tentera Jepun membawa air laut untuk dijirus ke reaktor nuklear Fukushima bagi menyejukkannya, semalam.

Loji nuklear boleh meletup menyebabkan tragedi lebih besar apabila paras radiasi meningkat

TOKYO: Jepun ada masa 48 jam untuk mengawal dengan segera krisis nuklearnya sebelum ia berdepan satu malapetaka 'lebih buruk berbanding Chernobyl'.

Jepun bergegas untuk mengelak kebakaran lebih teruk loji nuklearnya yang melepaskan radiasi pada tahap 809 mikrosievert sejam (unit radiasi) minggu ini.

Ada cubaan untuk menyejukkan kawasan itu dengan menjirus air laut dari helikopter dibatalkan kerana paras radiasi berbahaya di persekitaran bahagian atas loji.

Bacaan radiasi dekat bangunan itu mencapai 4,000 mikrosievert sejam ketika usaha itu dilakukan awal semalam.

Pihak berkuasa keselamatan nuklear di Perancis, berkata mereka pesimis sama ada jurutera Jepun dapat menghalang kebakaran teruk di loji jana kuasa Fukushima selepas satu kolam mengandungi batang besi bahan api nuklear berkeadaan terlalu panas dan mendidih dalam keadaan kering.

Thierry Charles, seorang pegawai keselamatan di Institut Keselamatan Nuklear dan Perlindungan Radiologi Perancis (IRSN), berkata: “Tempoh 48 jam berikutnya akan menjadi penentu. Saya amat pesimis kerana sejak Ahad lalu, saya lihat hampir tiada satu pun penyelesaian berkesan.” 
Ditanya mengenai jumlah maksimum pembebasan radioaktif, beliau berkata: “Ia mungkin dalam kadar sama seperti Chernobyl.”

untuk berita lebih lanjut,klik sini,, 

9 comments :

nohoho =) said...

bahaya tenaga nuklear ni...kalo jadi ape2 susah la

AZRUL AZMI said...

menakutkan... doakan terbaik untuk mereka....

dean said...

da mkn parah nih

kiwi said...

inilah dia.. hari tu kata sejarah takkan berulang. sekarang dah lebih teruk daripada dulu. harap2 tak menimpa orang2 islam. amin~

Faiz Tapit said...

perghhh.... bala ni, bala

qasehraihan said...

huhu...menakutkan!!
harp semua terkawl pasni!

Woofer Storm said...

hrp2 pnduduk jepun selmtlah hndknya...amin3

JIJI YU said...

lepas satu2 kan..bagi yang dok kat tmpat laen..sedarilah ini adalah petanda

ArELeEz said...

bahaya betul effect radiasi nih! hu3..