Saturday, March 26, 2011

Jumaat yang Melucukan!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera

teringat akan kenangan masa lalu.. seperti biasa,hidup tidak lengkap tanpa ada peristiwa yang melucukan dan menggelikan hati.. pernah anda lalui hari yang sangat melucukan anda? aku juga pernah lalui saat ini.. memang memalukan diri saja.. haha..


kisah pertama..

seperti biasa, bila tiba hari jumaat..sudah tentu, orang lelaki Muslim akan sibuk menyiapkan diri untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.. Hari jumaat itu seperti biasa bagi aku,macam biasa la aku dan ayahku menyiapkan diri untuk ke masjid..Tapi,apa yang menghairankan kami, kenapa orang lain sedang sibuk melakukan kerja lain.. ada yang lepak di kedai kopi, ada yang sapu halaman rumah.. diorang semua ni x nak pergi solat jumaat ke..Kami meneruskan perjalanan dan sampai ke masjid..




Alangkah terkejutnya kami, apabila masjid lengang seperti masa solat wajib yang biasa..rupa-rupanya hari itu adalah hari khamis..huhu..Alang-alang hendak ke masjid,solat zohor lah kami disana..Beberapa mata memandang melihat kami yang seolah2 muka yang jarang ke masjid dan tiba2 muncul pula pada hari itu..Apabila pulang ke rumah,ibu sudah bergelak ketawa..Berseloroh satu rumah..




kisah kedua

kisah ini berlaku sewaktu aku belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri Perak. kan aku seorang pelajar yang berasal dari Kelantan.Kita semua tahu yang negeri kelantan akan bersekolah pada hari ahad hingga khamis dan negeri Perak akan bersekolah pada hari Isnin hingga hari Jumaat.hari itu hari Jumaat..ku ingatkan cuti hari itu..lupa pula yang dekat Perak bersekolah pada hari Jumaat..




Argh!!kawan2ku lupa nak mengejut aku..aku tersedar sudah pukul 10 pagi.. itupun setelah aku mendengar ada bunyi hentakan sesuatu pada almari besiku.. Ya Allah!! warden di hadapanku!!mati aku kena denda nanti!! tapi,mujurlah semua itu tidak berlaku.. aku menceritakan tentang apa yang berlaku..warden itu siap boleh gelak lagi dekat aku..malu muka aku!!pipi x perlu nak cakap la..memang merah sangat!!apa la nasib aku ni..


p/s
**Sebelum nak gi solat jumaat tu,confirmkan dulu itu hari Jumaat..
**Ingat negeri mana tempat kita bersekolah..jangan main redah je bila hari cuti..

13 comments :

an.nabihan said...

he3. tak pasal2 dapat pahala free hari khamis..

sy juga bdak kelantan. :b

aq islam said...

hahha....>.< kena selalu alert ni...

Syazwana said...

hahaha dulu mase matrik kedah pon salu tersalah bila hari jumaat.
kedah pon cuti jumaat.
huhu

azalia hjsalleh said...

mcm penah bce la story no 2 nie

Ms Chacha said...

i pulak masa belajar dulu dah biasa hari ahad sampai khamis, jumaat sabtu cuti bagi kedah. so bila sambung belajar kat selangor isnin sampai jumaat, ada la awal2 minggu tu terlepas kelas hari jumaat.hehehe....

qasehraihan said...

uitttt...cne boleh trsilap ?hehe

hi wan..

whitecappuccino said...

boleh jugak terlupa tu..:)

Fahmi Mahat said...

adess... kelaka gile entri 2nd hari jumaat nih... XD

regards,
FahmiMahat

aCu said...

diorg tak kejut wan? tade prefect buat inspection eh? tape la. pengalaman kan? :)

Ms Chacha said...

tu lah tido mimpi yang kita dok kat kedah lagi, pasai tu jadi lagu tu..
haih! =p hehehee!!

qasehraihan said...

dtg cari entry baru ni wan..hehe

kay_are said...

lawak je lu ni bro.. ari pun leh lupe.. ingat x esok ari ape? ahakz!

waN Mohd Salim said...

ape daaaa .. lawak tol