Monday, March 14, 2011

Malaysia | Pantau kebocoran loji nuklear di Jepun


pemandangan atas kebocoran loji nuklear akibat tsunami di Jepun


Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan isu kebocoran loji nuklear di jepun akibat gempa bumi dan tsunami Jumaat lepas.

Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia akan memantau perkembangan kebocoran loji nuklear tersebut dan akan memberikan penjelasan mengenai kesannya kepada awam dalam memastikan langkah awal keselamatan dapat dilaksanakan..
Wakil Kedutaan Malaysia di Jepun, berkata loji nuklear yang dilaporkan bocor itu terletak jauh dari tempat tinggal kebanyakan rakyat Malaysia dan keadaan setakat ini dilaporkan masih terkawal walaupun hubungan telekomunikasi serta jalan raya terputus.

Beliau berkata, pihak berkuasa Jepun sudah mengeluarkan amaran dengan tidak membenarkan rakyatnya menghampiri kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Jarak loji nuklear terletak lebih kurang 20 kilometer (km) dari penempatan penduduk, kebanyakan rakyat Malaysia tinggal melebihi 50 km, kami sudah mengeluarkan arahan kepada rakyat kita supaya berpindah ke pusat pemindahan yang terletak di bandar masing-masing.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, sehubungan itu, meminta rakyat bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof, berkata Agensi Nuklear Malaysia diketuai Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Lebai Juri bekerjasama dengan agensi nuklear di Jepun bagi mengambil langkah keselamatan perlu termasuk kesannya pada alam sekitar.

9 comments :

Wan Hafisah Collection's said...

Harap2 kita tak kena tempiasnya!

http://akusertajiwabisnesku.blogspot.com/2011/03/bila-jahat.html

Cikgu CTE said...

mudah2an kesannya tak sampai ke sini...

jangan terjadi macam di Jerman dulu...kesannya sungguh menakutkan...

encikReza said...

tp dpt 1 msg ptg ni bgtau

"yg kita dinasihatkan supaya mengelakkan diri drpd terkena hujan dlm 2 3 arini.
sbb dikuatiri hujan tu ada bahan² drpd loji kat sana"

ingat tau!

aCu said...

so far, tak sampai filip lagi. but di take precaution la. risau gak. wanje! as a biologist, sure rase mcm apa yg belajar pasal radiation skrg dah nampak jelas depan mata kan?

qasehraihan said...

uittt...bahaya ni!!

Deeyaudeen Sabri said...

doakan xde pape la.. :)

kulanz said...

baca berita katanya kesan radiasi tak teruk sangat.. tapi tak salah juga ambil langkah berjaga-jaga..

whitecappuccino said...

harap tak sampai kat kita..seramnya

apik pehe said...

alhamdulillah pada warga malaysia kt sana