Thursday, March 17, 2011

Najib | takziah dan simpati kepada rakyat Jepun





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan usul di Dewan Rakyat untuk melahirkan rasa takziah dan simpati yang sangat mendalam kepada kerajaan Jepun dan semua mangsa tragedi bencana gempa bumi dan tsunami yang menimpa negara itu 11 Mac lalu.

Sebelum memulakan ucapan, Najib turut meminta Dewan Rakyat untuk bertafakur selama seminit sebagai mengingati kejadian itu yang telah mengorbankan ribuan nyawa.

Perdana Menteri berkata apa yang berlaku ke atas Jepun dan rakyatnya adalah sesuatu yang amat menyedihkan seluruh rakyat Malaysia dan warga antarabangsa di seluruh pelosok dunia, terutamanya negara-negara Asia. 

Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai hubungan akrab dengan Jepun turut merasakan beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka, katanya. 


"Namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Adalah wajar kiranya Malaysia menawar dan menghulurkan apa jua bentuk bantuan yang termampu oleh negara kita memandangkan Jepun merupakan negara akrab kepada Malaysia," katanya.

"Jadi marilah kita bersama-sama berdoa agar kerajaan dan rakyat Jepun dilindungi daripada bencana gempa bumi dan tsunami serta semoga Jepun dapat membangunkan semula apa yang telah dibinasakan oleh bencana tersebut," kata Najib.


untuk berita lanjut,boleh klik di sini..

6 comments :

apezs shah said...

yeah betul tu.
takziah utk Jepun!

Wan Hafisah Collection's said...

yelah..lebih baik ckp mcm tu dr ckp yg bukan2.

Syafique Azawadi said...

takziah

Daniela said...

alhamdulillah sbb ckp bnde mcm nie..huhu

Woofer Storm said...

tkziah juga..moga mnjdi pegjaran bguna buat kita,ingat dunia ni smua takkan kekal,keran kita akan kmbalinya padanya gak..ermmmm

Puteri Iqa Izyan said...

semoga malaysia dijauhi bala bencana macam ni.


takut dengar apa yang jadi kat jepun skang~