Monday, March 7, 2011

Pekerja Kerajaan : Sila bersikap lebih profesional!!


bukan nak melenting,bukan bengang sekadar peringatan..

Pekerja kerajaan di sini umum.. merujuk kepada sesiapa sahaja yang bekerja di bawah sektor kerajaan sama ada doktor,guru,jururawat,posmen, pegawai di institusi kerajaan dan ramai lagi..



Kenapa saya berkata sedemikian?
sebab saya juga antara orang yang kerap berurusan dengan mereka dan dah banyak sangat rungutan dan tohmahan pasal pekerja kerajaan..
sangat berbeza dengan pekerja swasta..



Apa punca mereka tidak bersifat profesional??
adakah mereka kurang terlatih untuk jadi profesional? 
adakah persekitaran tempat kerja mereka kurang selesa?
atau mungkin gaji mereka yang tidak setimpal dengan kerja?

banyak saya dengar ketidakpuashatian sikap pekerja kerajaan
yang kurang mesra terhadap pelanggan..



Situasi pertama di hospital..
Banyak dengar cerita,doktor di Hospital kerajaan kurang mesra..senyum pon tak nak terhadap pesakit..tawlah dia penat,tiap2 malam on call..tapi,pesakit adalah pelanggan anda..bukannya orang yang mencaci anda..tolong layan mereka dengan penuh perasaan kasih..

Itu belum lagi nurse yang lebih gemar berborak dari buat kerja..Sempat lagi berborak tentang nak makan lunch kat mana,nak beli baju apa.. Padahal pesakit tengah memerlukan mereka..Saya sendiri mengalaminya dan saya menyampah..

a professional people



Situasi di pejabat kerajaan..

masuk dan ambil angka giliran..tggu dengan sopan atas kerusi.. angka giliran 1001

10 minit kemudian,angka giliran 1002

30 minit kemudian 1005..

makin lama makin lambat..apa la yang orang kat kaunter tu dok buat sampai lama sangat sorang2 berurusan..
rupa-rupanya sambil wat kerja sambil borak..dah la borak kuat2..
sampai satu tempat boleh dengar..taw la krang kerja situ tapi ingat,korang berurusan dengan pelanggan..bukan anak lembu yang baru lahir..

tension ngan diorang ni.kadang2 biadab..
kalau pak cik atau makcik tua yang tak reti isi borang,
bukan mereka nak tolong,makin mereka marahkan orang tua tu adalah..
apa jenis oranglah..tak reti hormat orang tua..

sudahlah,kalau nak cakap pasal benda ni banyak lagi..memang tak habis..
pesan saya!!Tolong bersikap profesional masa bekerja..
Jangan malukan sektor kerajaan ok!!

semua gambar adalah ihsan Google

8 comments :

Wan Hafisah Collection's said...

Paling ketara, ber FB bila di kaunter khidmat pelanggan. sekian.

*akak menyampah bila hdpi keadaan mcm tu. heheh

ArMie said...

tulah pasal they are called 'government servant'

misz sheyla said...

tak semua cam tu kot...kene tengok orang atasan jugak asenye..kalo jenis tak kisah mcm 2 la...tapi bab nurse tu mang menyampah ok..kdg2 kurang ajar ngan patient kot...tapi tak seme mcm tu

Cikgu CTE said...

Terlalu payah nak komen entry ini..saya pun pekerja kerajaan jugak..sebb hal ini berlaku dimana2 shj. tetapi pd saya, semua bergantung kpd diri kita sendiri.. yang hadapi masalah ialah apabila mrk bekerja dengan pelanggan..

kdg2 kesian jugak dgn mereka...tak kan tak boleh berbual langsung kan? tak kan nak serius aje kan?

pada saya, mrk nak berbual ke, nak buat pe ke, yg pasti kerja lancar dn x buat org tertunggu2 ...dah oklah tu...

tapi kata org , kalau nak ckp pandang2....

HaziratulQuds said...

Lagi satu kalau call office government, kol 830 x masuk lagi,
kol 10 kuar minum, kul 1230 dah g lunch. Pukul berapa baru ada kat office???

NuR IzZaTi said...

x semua macam 2.. akibat perangai segelintir pekerja kerajaan mcm 2.. abis smua dipersalahkan.

Shafiq said...

Saya pun biasa kena. Sabar jela. :-)

Adam Narzuan said...

kenyataan daripada entry ini ada benarnya.. Namun jangan kita menilai berdasarkan segelintir sahaja... Pernahkah kita sedar ada kakitangan kerajaan yang bertugas larut malam atau tak kira masa untuk memudahkan kita.. Pernah kita puji mereka??? Tepuk dada tanya selera.. Yang salah tetap salah tetapi jangan biarkan orang lain yang tak bersalah terpaksa memikul kesalahan orang lain... Renung-renungkan...