Saturday, March 12, 2011

Tsunami di Jepun : Pengalaman pertamaku berhadapan Situasi Amaran Tsunami


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Takut,risau, teringat akan keluarga,teringat akan mati..
itulah antara perkara yang bermain dibenak fikiran aku semalam..
Bayangkan sendiri,aku akan menghadapi gelombang tsunami yang belum pernah aku terfikir akan aku lalui selama ini..

Tarikh 10 Mac 2011,9 malam bermula perjalanan aku bersama-sama rakan-rakan ke Teluk Gorek, Mersing

Tarikh 11 Mac 2011, tepat pukul 2.30 pagi,kami sampai di Teluk Gorek dan bas yang kami naiki betul-betul menghadap pantai.. Pemandu bas mengambil sedikit masa untuk berehat.. Ada kawan aku kata,angin pada pagi itu agak kuat dan apabila bertembung dengan cermin bas,agak kuat bunyi rempuhan..

Pukul 7.30 pagi,Kami check in di sebuah chalet dan terdapat kumpulan lain yang sedang mengikuti kursus di situ..Kami berehat seketika sebelum bersarapan kerana kami punya tugasan pagi itu..Kami akan memanjat Gunung Arong yang berada di kawasan Tanjung untuk mengumpul spesimen paku-pakis dan lumut..

Hujan memang lebat dan kami kebasahan walau memakai baju hujan..
Setelah berjam-jam,kami turun dari Gunung Arong dan sampai ke chalet pada pukul 3..
Sewaktu itu,kami tidak tahu yang tsunami berlaku di Jepun..
Kami sempat lagi bermain-main..
Cuma satu benda yang kami perasan,sewaktu datang ke Chalet pada awal pagi,air laut sangat surut..Tapi,bila kami pulang ke chalet lepas panjat Gunung Arong, air laut agak pasang sehingga menenggelamkan kawasan gelanggang bola tampar di tepi pantai..

Kami berehat seketika dan bangun kembali untuk makan tengahari dalam pukul 6 petang..
Dengan keadaan kami yang letih,kami dikejutkan dengan gempa bumi dan Tsunami di Jepun..
Apa yang kami dengar sangat teruk sehinggakan menenggelamkan satu pulau..
Gempa bumi magnitud 8.9 skala Ritcher dan ombak tsunami setinggi 10 meter..

Pada mulanya,kami tidak menyangka yang Malaysia akan terlibat,
Tapi apabila pensyarah kami beritahu yang Tsunami sudah melanda Filipina,
Ibu pejabat polis Mersing memberi amaran Tsunami kepada kami supaya lari dari tempat tersebut..
Dalam pukul 6petang-12 tengah malam.. 
Pensyarah membatalkan fieldwork ini dan semua wajib balik ke UKM dengan segera..
Hati aku berdebar,terus lari masuk ke dalam bilik,kemas apa yang patut,
sudah tak hiraukan baju yang basah dan apa sahaja..
asalkan nyawa perlu diselamatkan terlebih dahulu..
Begitu juga kawan-kawan,semua sudah hilang arah..
Apa yang menakutkan kami,air laut sudah mula bergelora dan sudah mula surut..
Beruk yang mengganggu kawasan chalet sudah bertempiaran lari masuk ke dalam hutan..
Semua tu tanda-tanda tsunami..

Tapi,apa yang lebih buatkan aku rasa takut,sangat lambat bas tu untuk meninggalkan tempat itu.nak tunggu tsunami datang depan mata baru nak gerak ke..
Rupa-rupanya kami masih belum membayar payment yang kami menginap untuk hari itu
dan pihak pengurusan chalet tiada di situ..Kami perlu tunggu mereka..
Kemudian,sempat lagi pihak pengurusan chalet menyuruh kami untuk makan malam dahulu..
Siapa yang berselera kan untuk makan di saat genting seperti ini..

Yang paling aku sedih.satu kumpulan yang mengikuti kursus di situ tiada kenderaan untuk lari dari tempat itu..
Kami menawarkan tempat untuk menumpang bas kami untuk pergi ke tempat yang selamat dahulu..
tapi pihak atasan kumpulan itu tidak benarkan mereka untuk tinggalkan tempat itu
Mereka sempat lagi berjalan-jalan seolah-olah tidak rasa takut..
Ada pelajar dalam kumpulan itu sudah menangis-nangis tapi apakan daya..
Pihak atasan mereka mengatakan mereka sudah sediakan kenderaan sendiri yang akan sampai tidak lama lagi..

Aku terus hubungi emakku..dan minta dia berdoa untuk keselamatan semua

tepat pukul 7.15 petang.kami meninggalkan tempat itu..Alhamdulillah, tapi aku sedih tinggalkan kumpulan itu..Semoga mereka selamat.. Hanya Allah yang tahu apa perasaan aku waktu itu..Sungguh besar ujian-Mu..

 inilah pemandangan dari Gunung Arong dan ada Teluk Gorek dan tanjung

**Lihatlah,betapa orang kita masih tidak bersedia menghadapi bencana sebegini,mereka masih sayangkan kasut,alat make up berbanding nyawa yang tidak ternilai

**Semoga pengalaman ini memberi iktibar buat diriku dan sedar akan kekuasaan Allah SWT yang tiada tolok bandingnya..

Kadang-kadang, kita perlukan ujian,kerana ujian itu mendekatkan diri kita kepada Allah SWT..

20 comments :

akuanakpahang said...

Assalam, Alhamdulillah tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.

qasehraihan said...

kita masih harus terusan berjaga2..
takut kn..huhu

whitecappuccino said...

berdebar akak baca ni..alhamdulillah wan selamat dan takde apa2 berlaku.

Mohd Ridhuan said...

kat klate pun...
arini hujan je memanjang...
setuju...
musibah mendekatkan kita kepada-Nya..

Mainur Hasnah said...

alhamdulillah selamat

paah mohamad said...

takutnye. tiba2 rase berdebar bila baca ni

budak kampung said...

alhamdulillah ko selamat. mintak izin share boleh?

Wan Hafisah Collection's said...

nauzubillah wan. smlm akak dh terfikir wan sbb wan bgtau nk g terluk gorek mersing tu.nasib baik xde apa2 wan.
agaknya wan x biasa dgn keadaan airlaut, klu kami org yg berada di pesisiran pantai dpt lihat perbezaan pd perubahan arus.
mujur takde ape2 wan..alhmadullilah.
akak doakan wan n tak lupa keluarga akak di kg di kwsn Bachok sana baik2 aje. amin.

misz sheyla said...

subhanallah....nasib baik selamat... semoga kat Malaysia tak jadi mcm yg lepas

nohoho =) said...

lawa nye pemandangan...

siti zulaikha said...

ouh. quite tinggi jugak la kalau kawasan bola tampar tu tenggelam. btw, i miss gorek bay :)

yua said...

Alhamdulillah sbb xda pape blaku kan..

yanmie said...

Salam,

semoga kita terus di lindungi oleh-NYA, amin...


www.yanmieonline.com

coffee said...

wei, ini baru terharu.. post aku pasal banner tu tak perlu terharu.. skang ilmu ku bertambah..

sape nak header free let me know! lol

Tok Esah said...

sekamat mujur lah wan!! tok duk 5km dr pantai pun takut gak!!! air laut naik melimpahi jalan!!

awEEN said...

syukur xjadi apape kat wan.. kitorang yg kat pntai timur ni pon takot wan.. weekend ni hujan je xhenti2..smlm msg mak suh mak doakan keselamatan.. mak pon tgh risau tu.. harap malaysia selamat la dari bencana..
takut bace pengalaman wan...

aiz-DIN said...

Satu pengalaman yang menarik...
alhamdulillah.. sbb x der pe2 yg berlaku... setiap kejadian ada hikmah nyerr... btol x abg rozuan??? ^.^

mia.lia said...

aiyooo..takotnye
tp alhamdulillah tslamat

Mama Kembar 3 said...

Alhamdullillah selamat. Kalau mama disituasi sama, mesti cemas camtu gak. Yang pk hanyalah nyawa & keluarga.

sha said...

seram dan rasa cemas jugak baca entri ni..

itu la, tak dapat bygkn kalau tsunami berlaku kat M'sia.