Thursday, April 21, 2011

Derma Coli | Selamatkan Bumi



bunyi macam kelakar.tapi itulah realiti.


Kalau korang tersilap beli saiz coli,atau still ada himpunan coli yang masih baik atau berkualiti, serahkan di kaunter Xixili start 8 hingga 30 April ni.


Ini adalah menyahut seruan kempen selamatkan bumi sempena Program Kitar Semula Coli Green Bosom anjuran jenama pakaian dalam wanita Xixili dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat


sekadar gambar hiasan..amboi,show off betul coli dia,apa kata sedekah dekat kaunter Xixili


Kempen ini bertujuan mengumpul coli terpakai dan belum digunakan untuk diberikan kepada wanita kurang bernasib baik atau tidak berkemampuan sama ada disebabkan bencana alam atau tinggal di rumah perlindungan. 


Menurut Ketua Pengarah Jabatan pembangunan Wanita, Wan Hasmah Wan Mohd, kempen kitar semula coli Green Bosom adalah untuk menggalakkan wanita muda menambah ilmu ketika membeli barangan berkualiti serta mendidik generasi kini mengenai pentingnya menjaga alam sekitar.


Menerusi kempen ini, Xixili berharap semua wanita memahami konsep yang cuba diketengahkan iaitu bukan sekadar membantu wanita kurang bernasib baik tetapi memahami mengenai penjagaan alam sekitar dengan menggunakan barang yang boleh dikitar semula. 


Sebagai tanda penghargaan setiap coli yang diserahkan di kaunter Xixili akan menerima rebet RM10 apabila membeli coli baru serta beg Selamatkan Bumi daripada Jasa Eco apabila membeli produk bernilai RM100 dan ke atas.

6 comments :

Achahani said...

Wan, bgtahu la nk bg dkt mana nih coli nih.

nak dermakan nih.

blh dpt rebet RM10.

KEHKEH.

waN Mohd Salim said...

amboiiii ... huhuhuh

b a m b a m ' s said...

wahhh~! nak pergi donate weekends nie!hahahahahahha.. :D

Qaseh dalia adelia said...

ek haha.. mcm2

dean said...

lelong2

leyzajamil said...

awak la lelaki sejati, sama2 mempromosikan kempen ini tanpa segan silu..