Wednesday, April 20, 2011

Jangan Perkecilkan orang OKU | Mereka juga Insan Biasa



sedih.pilu.mengenang nasib.


Kenapa ada segelintir dari kita yang perkecilkan kebolehan orang OKU. aku tak faham di mana kurangnya mereka,mereka sama seperti kita,punya hati punya perasaan,punya akal,punya minda, yang membezakan kita hanyalah anggota.


Manusia sering tewas dengan syaitan.Dek kerana mereka kurang anggota sempurna,mereka ditindas,mereka dihina,mereka dikeji.


Namun itulah luahan seorang ibu tunggal,Maimunah Ahmad,56, yang kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang memperkecilkan kemampuan anaknya Muhammad Hadi Nor,23, yang mengalami kecacatan sejak dari kecil akibat 
jalan raya.


sekadar gambar hiasan..mereka juga ingin berjaya seperti kita walau dalam kekurangan




Meskipun hadi terima elaun dari JKM,tapi beliau sanggup hidup berdikari ,namun pernah dibuang kerja dari menjadi seorang pengawal keselamatan sekolah dan taman perumahan kerana dia cacat.


Lihat,betapa hinanya masyarak memandang golongan seperti mereka.Mungkin hari ini hari malang bagi mereka,kita tidak tahu apakah hari esok masih cerah buat kita.


Janganlah kita menghina mereka kerana mereka punya perasaan dan mungkin mereka yang akan menolong kita suatu hari nanti..


p/s aku berpesan pada diri aku dan korang semua,jangan perkecilkan orang OKU kerana mereka tidak meminta untuk dilahirkan sebegitu rupa.

14 comments :

NUMASARA HANA said...

bersyukurnya aku kerana dilahirkan sempurna...

hanya cacat penglihatan sket je... :P

waN Mohd Salim said...

mereka jga manusia .. huhu

WaniZakaria said...

aku juga ada kakak oku.jgn spesifikan oku hanya pada anggota malahan juga akal.kerana kakak aku seperti itu.aku bersyukur ada dia.bagi aku,dia rahmat sebab allah nak bagi banyk pahala dan nikmat pada aku sekeluarga.

kAmi dAn mEreKa said...

oku pon ade hati dan persaan.
org yg dok perkecilkan oku tu, buta hati agaknye. :)

Nur Diyana Mukhtar said...

yana xpaham jugak.. kalau dekat oversea, golongan macam ni sangat dijaga dan diberi keistimewaan, malah sesetengahnya, dipandang tinggi dan tak pernah rasa rendah diri.. masih mampu hidup macam org biasa..

MiSzy DiaN said...

bersyukur dgn apa yang ada dan kdg2 kita kena lah hormati insan lain sebb mereka juga sama seperti kita walaupn tidak sesempurna fizikal spt kita :)

Kalamhati said...

Andai ku terbuang tak diterima..
Andai ku disingkirkan..
Ke mana harus ku bawakan
Cinta ini..


Mereka juga berhak disayangi dan dihargai..Jgn kita sisihkan mereka ini..kerana mereka juga punya hati..=)

anamizu said...

sahabat diary-kecilku pun ade yg sebegini tapi memiliki jiwa yg sgt tabah ^^

cikcomot said...

masyaallah.. mcm2 jenis dugaan yg allah beri kan?



p/s :adik cikcomot pon OKU jugak.

dean said...

kcian

A'IM said...

kadang2 mereka lebih baik dari yang sempurna

chummy cliche said...

semua manusia tak sempurna.. jangan ingta kita tak dapat kad oku tu kira kita ni dah perfect.. lagi2 hati kita mungkin kotor lagi dari dorang ni.. minta2 dijauhkan dari amalan diskriminasi terhadap oku.. amin

aCu said...

huuuuuu. sedihnye tengok gambar tu. sayuuu sangat :(

shandye. said...

one of my bff is deaf n he communicates with me via pen n pencil. sometimes we will type out the sentences that we wanted to convey via our phones and pass it back and forth. now he owns an awesome ipad so we can just write it out via its writing app. i never saw him to be different from other people. he is just as 'talkative' and just as 'funny' as anybody else. its just that his 'voice' was on paper and his jokes comes from his gestures. i'm planning to take up the elective subject of sign language next semester so can communicate with him even better.

eh, nape speaking neh? lol...

lelaki [tanpa] emosi
monyet merah jambu menulis
ngomelsikit.