Sunday, April 10, 2011

Kisah Benar | Pengorbanan Seorang Abang Menyara Kehidupan Ibu dan Adik-Adiknya

(CERITA INI ADALAH CERITA MELALUI PENGALAMAN SEBENAR YANG TERJADI)


hujan rintik-rintik dan kadang-kadang angin bertiup laju..Desus Azman(bukan nama sebnar) dalam hati.Dia baru pulang dari mencari rezeki sebagai seorang pengutip bola golf di padang golf berdekatan universiti, tempat dia menuntut ilmu.




Azman merupakan seorang pelajar universiti tersebut dan kini berada dalam tahun 2.Tinggal lagi 1 tahun dia akan menamatkan pengajiannya di sana.. Azman merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik,Ayahnya baru meninggal dunia selepas digilis trailer sewaktu pulang dari tempat kerja beberapa tahun yang lalu. Ibunya pula hanya kerja kampung dan tidak mampu untuk membuat kerja berat kerana ada penyakit tulang belakang. Adik-adiknya pula masih kecil dan ada yang sedang menuntut di sekolah menengah dan sekolah rendah.




Mahu atau tidak,segala tanggungjawab keluarga dipikul oleh Azman walaupun dia masih belajar.Keputusan untuk bekerja part time di padang golf tidak diketahui oleh ibunya,takut ibunya tidak bersetuju. Bukan setakat bekerja di padang golf, Azman juga bekerja catering untuk mendapat duit sampingan.




Hujan masih lagi tidak menunjukkan tanda mahu berhenti.Azman bermonolog sendirian,
 " Harap-harap dapat awal sikit gaji bulan ni,adik kat kampung memerlukan duit tu.." Duit PTPTN yang diterimanya setiap semester setelah ditolak yuran pengajian dan yuran asrama, adalah tinggal dalam RM1800.. Duit itu akan dibahagi 2, separuh untuk belanja dirinya,separuh lagi untuk keluarga di kampung. Ibunya perlukan duit untuk perbelanjaan ubatan,adik-adiknya perlu membeli keperluan dan belanja harian sekolah. Duit ibunya bekerja cukup untuk belanja dapur sahaja.




Kerana fikir duit tidak mencukupi,Azman bekerja part time dalam katering dan di padang golf untuk dapat duit sampingan. Bolehlah dia membeli buku untuk rujukan. Jadual hidupnya sangat sibuk..Pagi  hingga petang Isnin hingga Jumaat adalah waktu kelas.Setiap malam dia akan ke padang golf untuk kutip bola golf.Kadang-kadang lewat sampai pukul 12 malam. Hujung minggu bekerja dengan catering,Sabtu dan Ahad. Tidak pernah ada istilah tengok wayang atau lepak di shopping complex baginya.




Pernah juga dia terfikir untuk berseronok bersama kawan-kawan..Ye lah,zaman remaja inilah nak enjoy kan.Tapi,semua itu terpaksa dilupakan sama sekali mengenang nasib keluarganya yang jauh berbeza dengan nasib orang lain. Pernah Azman mengikat perut tidak makan selama 3 hari semata-mata untuk berjimat. Hanya sekadar air suam dan biskut kosong untuk mengalas perut. Ada juga satu detik ,dia pergi ke belakang cafe mengambil sisa makanan orang lain sebelum sisa itu dibuang dalam tong sampah.Mungkin saat itu dia terlalu lapar. Ia mungkin  jijik.tapi itulah satu kehidupan baginya.


Emaknya selalu berpesan,biar papa kedana.jangan sesekali kita minta simpati.sentiasa berusaha tanpa mengharapkan balasan orang.Ada suatu ketika,apabila sesi persekolahan bermula,adiknya meminta untuk membeli baju sekolah baru,hati abang mana yang sanggup melihat adik-adiknya memakai pakaian lama sedangkan orang lain bergembira memakai pakaian baru ke sekolah.Azman mengambil sebahagian dari duit PTPTN nya untuk membeli keperluan sekolah adiknya.


Hujan kembali reda.Azman memulakan langkah kembali meninggalkan padang golf untuk pulang ke asrama.Dalam perjalanan pulang,dia teringat pesan arwah ayahnya "jagalah adik-adik dan ibu dengan baik.." Itulah kata-kata semangat yang dipegangnya sehingga sekarang.


p/s Semoga Azman (bukan nama sebenar) tabah menghadapi dugaan hidup.. Engkau manusia yang yang sangat penyayang dan sabar bagiku!!

17 comments :

Bella Bell said...

sedih la plak..dah la kisah benar T___Tv

semoga azman (bkn nama sbnr) tabah menghadapi hidup dia..aminnn...

qasehraihan said...

huhuu..tersentuh..citer benar ek??

semoga azman tabah..

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/keseronokan.html

Izamir Ridzwan said...

sebak hati den

GreenAppleKu.com said...

No matter what happen, hidup perlu di teruskan kerana kita punya tanggungjwp yang perlu di jalankan dengan penuh amanah.

Jom lepak layan short story di blog guwe pula, TRAGEJI CINTA MASJID.

Nour Akmal said...

ade bakat nak tulis cerpen ni..menarik..=)

ikan said...

diharapkan azman sentiasa tabah dalam menghadapi hari mendatang .. terkilan bila mmbaca .. tggungjawab azman berat berbanding dgn diri kita yang kadang2 lupa .. insyallah .. allah itu maha adil .. allah lbeyh tahu apa yang tbaek bg dr nya pada hari mendatang .. sme2 doakn azman .. agr dpmudahkn segala urusan bg nya

ikan said...

masyallah .. mulia sgguh pengorbanan azman .. semoga allah sentiasa merahmati dirinya ..

awEEN said...

kisah benar ke wan..sedihnye..syukur dengan ape yg kite ade skrg...

Kalamhati said...

bila baca cerita ni..teringat kisah kawan KH yg lebih kurang mcm ni..suku dr duit scholarship saja digunakan utk diri sendiri..yg selebihnya dihantar ke kampung utk pblanjaan ibu dan ayah yg dah tua

Syukri Mohtar said...

so,siape yang dapat duit PTPTN tu amik iktibar oke,guna dengan baik macam student ni..jangan dapat duit je terus joli..peringatan untuk diri sendiri jugak..

cujen said...

mulia sugguh hati azman.

salam singgah dari CUJEN THE LEJEN

BESTEVER GIVEAWAY

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

setiap pengorbanan pasti ada balasannya...

semoga Allah akan memurahkan rezeki beliau

dyanzjha said...

sedeyyyyyyyyyyyy

raihanazhari said...

sayup hati ak bace..>_< tmpng b'smpati dengan life die..

Henry Zackery said...

sedey woo T__T

Alat Untuk Uji Pasangan Anda

faizs said...

sungguh tabah dia menjalani hidupnya. terkadang diri mengeluh dengan sedikit susah yang menimpa sehingga tahu ada lagi insan yang lebih susah hidupnya. aku bersyukur dengan apa yang kuterima. semoga terang kelak hidup dia.

Mr H said...

Sedih.. :-(