Saturday, April 30, 2011

MAHARAJA LAWAK VS IMAM MUDA


kenapa aku pilih dua reality show ini? sebab dua ni lah yang tengah hot sekarang ni.Kenapa bukan AF? dengar kata peserta AF kali ni macam jagoan kampung je.tenggelam lah.so,reject.jadi IMAM MUDA dengan MAHARAJA LAWAK sedang hangat diperkatakan.tak kiralah dekat blog ke.kat rumah ke.kat mana-mana je la.




MAHARAJA LAWAK


sebelum aku go on,serius aku cakap,aku tak layan MAHARAJA LAWAK atau yang sebelum ni,Gelanggang Raja Lawak.aku tak tahu kenapa?tapi aku memang tak tengok.yang aku tahu pon nama peserta je macam Nabil,Zizan,Johan,Amir. itu pon selepas diorang dah habis rancangan tuh



kalau perasan,tak de satu pon entri aku sebelum ni ada pasal MAHARAJA LAWAK,sebab aku tak tahu apa-apa.sapa pengacara,sapa juri dan sapa yang terkeluar.serius tak tahu.Tapi,ada satu cerita yang aku dengar.Ramai benci Amir dan orang kata Amir still tak kalah dan bertahan.


serius aku tak faham.kenapa orang benci dia?assumption aku senang je.kalau dia masih bertahan,maknanya dia ada peminat tersendiri.Tapi,kenapa ramai nak usir dia.OK fine!aku faham sebab majoriti penonton reality show adalah melayu.Setuju atau tidak kalau aku cakap Melayu sangat punya hasad dengki yang tinggi?Setuju atau tidak?

tak boleh tengok orang lain berjaya.tak boleh tengok orang lain senang.
kau nak baca satu blog cakap apa,




tak pon korang baca kat forum ni.pasal isu PhD orang Melayu

bukan Philosophy Doctor tapi PhD (perasaan hasad dengki)




apa salah Amir tuh?kenapa nak benci sangat ngan dia.at least dia bertanding dan ada bakat melawak.yang korang duk tengok,gelak-gelak,kutuk-kutuk korang dapat apa.Nothing kan!jangan nak dengki sangat!

sudah-sudah beralih ke IMAM MUDA


IMAM MUDA

sama macam MAHARAJA LAWAK,aku tak pernah tengok siri IMAM MUDA.jangan tanya aku pukul berapa dan hari apa disiarkan.serius aku tak tahu.first impression aku,bila fikir IMAM MUDA,aku fikir kerja dia duk masjid,bagi khutbah,imamkan solat,sama macam IMAM kat kampung.

Tapi bila aku baca entri blogger lain pasal IMAM MUDA,aku respect.sangat bagus!



korang tahu apa tugas pertama diorang.

nak tahu lebih lanjut,baca artikel Berita Harian kat sini.





mesti ada yang masih ragu-ragukan apa sebenarnya IMAM MUDA? nak jadi tok imam ke?jom kita baca sedikit.


"Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian  televisyen yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia
Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian mengenai remaja lelaki Islam yang dipilih menerusi uji bakat yang dihimpunkan secara berkumpulan di sebuah asrama selama 3 bulan mempelajari dan memahami tentang hal-hal keugamaan dan kepimpinan Islam dari pemimpin ugama dan pendidik yang bertauliah dan berpengalaman."

untuk info lanjut,boleh layari laman web IMAM MUDA dekat


tapi,yang aku kagum dengan IMAM MUDA adalah peserta dia dari pelbagai latar belakang,ada engineer,ada pelajar, ada pensyarah,ada fasilitator dan ramai lagi

ada seorang peserta IMAM MUDA ni adalah jiran blogger feymes,ABANG ZAM
boleh baca entri abang zam pasal Nazirul Izwan kat sini

ini bukan Abang Zam,inilah peserta IMAM MUDA tuh
namanya Nazrul Izwan


untuk biodata lanjut semua peserta IMAM MUDA,boleh klik di 


4 comments :

mary ann ;) said...

tak sempat lagi nak tengok cite2 nie..da abes exam nnt baru leh tengok puas2..

ps: AF tu tak payah tengok pon xpe..tak rugi pon..haha ;)

dhilla nazli said...

aahahaha btol2...
tpi amir mmg ta best.. jaat* phD,,
huuuu

imam muda un ta smpt na tgok daaa

Farhan Zulhusmi said...

betulah...emm
tapi nape orang tak suka amirkan??
kan2???kesian dy...slalu dibenci..emm..

eqbalzack said...

abg eq skrg ambik PhD...seksa wooo....

PhD yg satu lagi tu jgn di amalkan...tak elok!