Monday, April 4, 2011

Misha Omar, Nora, Jay Jay | Raikan Masyarakat Kelantan di PWTC


Misha Omar dan Nora

Jay Jay

Siapa tidak kenal dengan artis 3 orang kat atas ni kan.. Misha Omar, Nora dan Jay Jay.. Persamaan mereka bertiga adalah mereka berasal dari negeri yang sama iaitu Kelantan..

Kali ini bertempat di Aras 4 PWTC, pada 9 April, mereka akan menyampaikan persembahan khas sempena Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Pemimpin dan Rakyat yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Tanah Merah(PERTAMA) dan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA).. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara penduduk Tanah Merah yang berada di sekitar Kuala Lumpur..

Misha Omar

“Kami sama-sama satu bahasa, satu dialek dan masing-masing makan nasi berlauk, sudah tentu tidak ada masalah menjadikan majlis ini lebih mesra dan harmoni. Saya berharap, semua orang Tanah Merah yang berada di ibu kota dapat hadir beramai-ramai menjayakan majlis bersama pemimpin ini," 

Nora

“Bagi saya, tidak perlu wujud isu umpama itu, memandangkan semua orang pun tahu yang saya anak kelahiran Kelantan, jadi apa salahnya saya meraikan majlis untuk orang kampung saya? 

Menariknya, berkemungkinan saya akan bertutur dalam dialek Kelantan sepanjang majlis itu, cuma yang janggalnya saya tidak pernah mengadakan persembahan di atas pentas sambil menggunakan dialek itu. Bagaimanapun, saya akan cuba melakukannya juga nanti,”




SEMUA anak jati Tanah Merah yang berada di ibu kota dialu-alukan menghadiri majlis istimewa itu yang diadakan secara percuma. Keterangan lanjut boleh didapati dengan menghubungi 03-42577009 atau 012-9602303 (Reimey). 


p/s peluang baik nak jumpa artis ni..ada sape-sape lagi orang Tanah Merah tak?


Sumber : Berita Harian Online

2 comments :

qasehraihan said...

anak nora dulu skolah akak...besar2 badan anak dia..pandai nyanyi..

anak maria tunku sbri pun cni
anak apek pun
anak zarina zainuddin
cucu megat junid

ramai ag a..hehe

jay jay tu org klate upenye ek..hoho

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/tips-bagaimana-lelaki-boleh-gembirakan.html

Anonymous said...

ade atucara majlis x?? share la kt sini.... tq