Sunday, April 17, 2011

Muhasabah diri hari semalam | Pelajari benda baru


Alhamdulillah. syukur. 


hari semalam merupakan satu lagi hari untuk aku muhasabah. biarpun,aku sekadar berlegar-legar di ruang kampus ni,tapi setiap hari,ada saja benda baru yang aku pelajari.


sarapan pagi. sedang asyik melayan makan di cafe,aku rasa tidak selesa bila ada sekumpulan orang Pakistan makan di sana. Serius,aku lebih selesa makan di sekelilingku hanya orang Malaysia.tak kiralah dia Melayu ke,cina ke,India ke,yang penting dia orang Malaysia. Aku bukan mahu diskriminasi orang luar.tapi,aku lebih selesa dan dekat dengan orang negara kita.




Facebook. sedang melayan Fesbuk,sambil ulangkaji pelajaran untu next exam,aku terbaca satu status di Fesbuk. "Buat apa kau belajar tinggi-tinggi, Tuhan tak pandang semua tu,baik kau belajar agama,Itu yang ko kena soal di kubur nanti.." ini bukan soal agama atau tidak,Islam wajibkan setiap umat Islam berilmu,mungkin ilmu dunia hanya ilmu fardhu kifayah,tapi kan berdosa kalau tak de orang belajar dalam sesuatu bidang macam ekonomi.aku tak faham kenapa korang ni fanatik sangat, kalaulah korang betul alim,korang mesti tahu ilmu dunia juga penting dalam Islam.


Dinner. Terima kasih buat seseorang yang belanja aku makan.Ni first time aku keluar dengan dia,dia cuma kenalan dalam laman sosial saja, tapi sangat baik dan peramah. Kadang-kadang kita ni cepat nilai orang tanpa usul periksa.memang aku takut pada awalnya,fikiran ni macam-macam,takut jadi tu la,ini la,tapi dia ok dan dia baik.thanks buat dia.ok..




p/s entri ini agak bersifat peribadi dan kalau rasa annoying,harap sabar. sekadar muhasabah diri.Harap hari esok lebih baik dari hari ini.

5 comments :

eyjalukman said...

betul tu .
ilmu agama tak dinafikan sngt penting ,
tapi mempelajari ilmu tu kn fardhu kifayah ,
Rasulullah sndiri suruh umatnya menuntut ilmu sehingga ke negeri China .
klu ad slh fakta , maafkan ;)

IQBAL ZARIN said...

last sem waktu exam aku kena hanjeng mase aku buat status exam susah bagai. budak tu bangang die guna ayat yg ko ckp ni lah. bajet alim sgt.

budak kampung said...

wah333.....bagus betul ayat budak tu. jap2..nak fikir positif jap.aku rase dia maksudkan,disamping kita belajar ilmu duniawi,yang akhirat pon kita kena jaga gak....

kalau x malas,singgahla
5 ayat MANIS biasa permpuan guna
antara pageview dan follower,mane korang pilih
AFUNDI masuk zizan raja lawak
usop wilcha masuk maharaja lawak
gadis mencuri menggunakan kemaluan,ciss

zacky ~786~ said...

btoi tu .~ cari la ilmu sedaya yg mungkin.. tak kira la ilmu akhirat ataupn dunia .. dua2 penting ... :)

Shukri Mohd Ali said...

kalau ilmu dunia tu tak penting Nabi tak suruh kita tuntut ilmu sampai ke China.

makhluk mana yang cakap camtu kat kau? meh bagitau aku, aku bukak kitab fiqh aulawiyah depan dia.

dunia tu penting sebab dunia adalah jambatan untuk kita ke akhirat. kalau asyik tumpu pada akhirat tapi dunia diabai, tak guna jugak. dan kalau ilmu dunia tu tak penting, aku rasa Tuhan tak payah susah payah cipta dunia. terus je cipta akhirat. kan senang.

ni yang aku nak marah ni. walau pun aku bukan imam muda tapi aku siak masjid tau. kehkehkeh.