Thursday, April 7, 2011

Padah lambat kahwin | Jadi bahan mengumpat jiran sebelah


Isu kahwin.. Mak bapak ni kadang-kadang bising bukan ke main.. kalau anak dah masuk umur 20-an,dah mula risau,bila ada orang nak datang merisik.. Itu kalau yang perempuan,kalau yang laki pulak,dah ada calon ke tidak..


Ihsan Google..Semua orang mahu kahwin cuma jodoh tu lambat atau cepat..


Kadang-kadang mak bapak ni bukanlah nak sangat lepaskan anak-anak dia awal-awal,at least dapat tolong dia masa tua atau dapat la tampung belanja diorang pergi haji,jadi la kan..Tapi,sebab mulut jiran sebelah yang macam batu api + mulut tak de insurans,tu sebab sebenarnya mak bapak bukan main bising lagi nak anak diorang kahwin awal..




anak-anak pulak yang jadi tak sedap hati dan otak serabut..kalau yang jenis duk bandar tuh,time raya balik rumah,mak bapak mesti tanya bila nak kenal mak ngan bakal menantu mak..Tiap kali balik,tiap kali tanya.. patutlah sampai timbul isu anak tak nak balik rumah mak..nak lari dari kena soal semua tu la..


Ihsan Google.. Jiran yang suka ngumpat(memang patut mulut jadi muncung)

Yang si jiran pulak ni x de kerja lain..asyik nak ngumpat anak orang je.. pastuh bandingkan anak dia tuh dengan anak orang lain.. wat tambah dosa je.lantaklah kalau anak dia nak kahwin dulu..jodoh tu kan dah ditetapkan..cuma lambat cepat je..


Tapi,ini lagi parah.. Bila umur anak dah nak hujung 20 -an nak masuk awal 30-an.. Kalau tak kahwin lagi masa ni,memang jadi bahan gelak ketawa je..lebih-lebih lagi pompuan..keluarlah ayat anak dara tua la,tak laku la..Celaka punya mulut..suka hati la nak kahwin bila..ada nyusahkan korang ke?


Benda ni tak de lah terjadi kat aku tapi aku kesian dengan orang yang alami benda ni..Sikit-sikit kena serang..Wat sakit hati je.. Korang ingat kahwin tu benda main-main macam zaman budak-budak dulu..Kalau yang laki tuh,tak kan nak bagi anak orang makan pasir pulak kan..Yang diorang tahu nak timang cucu je..


Kepada jiran-jiran yang suka mengumpat tuh,beli la dulu insurans mulut ye sebelum ada mulut yang kena letak cili..


Kepada yang kena serang.bersabarlah ye..semua tu dugaan tuhan..

10 comments :

qasehraihan said...

susah kan...
kawen awl sush..
kawen lmbt sush..
kawen dgn org xensem susah
kawen dgn yg xensem suah
bak kata org...jiran2 yg kepoh ni mmg xleh duk dia..

yg penting kita rilek je
kita xleh nk puaskn ati sume org..
kita wat apa yg kita rasa betul je..hehe

hai wan..

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/doktor-cantik-lelaki-buncit-dan-dot-dot.html

azalia hjsalleh said...

x nak kawin terlalu muda
x nak kahwin terlalu lambat
na kahwin tgh2 ja ;D

Wan Hafisah Collection's said...

Kahkah! kelakar tgk makcik2 mulut muncung tu. sma je dgn org kat kwsn kejiranan akak ni. Tah2 org yg sama ? tak pun adik beradik dorg, tu psl suka mengumpat org ni lmbt kwin org tu bujang terlajak org tu mati pucuk org tu andartu.

heh! mcm2!!

waN Mohd Salim said...

yehaaaaaaaaa adik belum nak kawen agi .. suk la tunggu dpat kijo bru bole kawin

misz sheyla said...

KAN, KEBANYAKAN MACAM NI....NTAH LE ....

nelly said...

Tetiba rasa nak kahwin cepat !
=p

b a m b a m ' s said...

den dah umur 26 n tak kawen lagikkkkk~ alarrr.. jgn diketengahkan isue nieeee.. sensitippp~!! ahhahahahah..

whitecappuccino said...

serba salah, serba tak kena kan??

Uptown Lady said...

hehe..kawin awal, org kata gatal..kawin lambat, org kata lambat laku..mulut orang...

athirah said...

duit cukup... kawen :)