Saturday, April 30, 2011

RAKYAT LEBIH PERLUKAN INTERNET PERCUMA | BERBANDING E-MEL PERCUMA




Siapa setuju?Rakyat Malaysia lebih perlukan internet percuma berbanding e-mel Percuma. Aku tersangatlah bersetuju lebih-lebih lagi untuk golongan yang berada di luar bandar.


Aku alami benda ini.Bila cuti semester,pulang ke kampung dan tersangatlah susah untuk mendapat line internet. Kalau ada pun,tersangatlah lembap. Nak pergi ke bandar,agak jauh dan habis minyak kereta @ motosikal terpaksa dibelanjakan. Memang ada cybercafe di kampung,tapi tersangatlah lembap.


Adalah lebih elok bagi aku, untuk tingkatkan kadar kepantasan Internet di Malaysia atau menambahkan rangkaian internet ke kawasan luar bandar. Masyarakat lebih perlukan internet berbanding e-mel percuma yang dilaburkan berjuta-juta.






Sekarang ni semua guna internet.orang kampung nak pasarkan barang guna internet,anak-anak orang kampung nak lanjutkan pelajaran,perlu isi borang online,jadi internet itu sudah jadi keperluan bagi kita tak kira di bandar mahupun luar bandar.


Projrk E-Mel 1 Malaysia tu sebenarnya bukanlah tak elok,tapi adalh lebih baik kalau kita utamakan yang lebih penting dahulu.Rakyat lebih perlukan internet percuma dan bukan E-Mel Percuma.Bagaimana nak guna E-Mel percuma kalau line internet pon susah nak dapat?betul x?


Aku bukan nak menentang hasrat kerajaan tapi aku harap pihak tertentu dapat dengar luahan hati rakyat yang perlukan internet sebagai medium perantaraan.Apabila internet sudah ada,senanglah untuk rakyat berhubung dengan menteri .


Apa pandangan anda sebagai blogger?sudah tentu internet percuma memberi lebih banyak kebaikan kepada kita sebagai blogger.boleh update di mana-mana tanpa memikirkan line internet.itu lagi berbaloi bukan.

12 comments :

zacky ~786~ said...

sy stuju ngn cadangan anda :)

apik pehe said...

apik pon terpikir camtu gak wan..dengan emel percuma tu..adakah org2 kampung yg ader internet bleh guna?huhu..
kerajaan patot wat rangkaian internet dulu..biar satu malaysia dapat rasa internet..baru la wat emel..

Lagenda said...

Mak setuju 100% rozuan..better kasik kita internet percuma dr bg kita email percuma tu..ada email tp x de internet utk access tu nak buat apa dork??

J.Syazwana said...

setuju 100%
hehe !

aza said...

setuju....
:)

Miecyber said...

Email percuma berlambak lambak ada, kemudahan internet terhad dan keljaun tahap siput gondang.Saya setuju dengan anda.



Satu Komuniti Satu JPJ

Rozuan Ismail said...

@apik pehe

betul tu apik,cam ner nak emel kalau internet pon tak de

Rozuan Ismail said...

@Lagenda

setuju ngan mak.internet lg penting

Rozuan Ismail said...

@Miecyber

betul tuh,internet tersangatlah lembap.better upgrade internet

Shafiq said...

BEtul2...:-)

akuanakpahang said...

Setuju!! sekarang kita pun guna emel free juge :)broadband pun terkadang jadi berukband

apik pehe said...

internet lagi mahal dari emel percuma kot..huhu