Wednesday, April 27, 2011

SEGMEN : SAYA SAYANG IBU


Lihat gambar di atas! cantik kan! itulah hasil kreatif blogger Numasara Hana.
Dia dengan bangganya nak anjurkan satu segmen iaitu SEGMEN : SAYA SAYANG IBU. Hari Ibu kan dah tak lama lagi.Cuba teka? berapa haribulan Hari Ibu? ehem ehem.. ada yang baru nak fikir,tak kan tak ingat. 8 Mei la.kira dalam seminggu lebih je lagi.

Wan join untuk memeriahkan lagi segmen kawan blogger wan ni.teringin nak join?klik je header di atas dan segala syarat penyertaan ada di sana.



ceritakan kenangan manis anda bersama ibu, ucapan sempena hari ibu
dan hadiah yg mungkin anda akan bagi.


kenangan manis bersama ibu terlampau banyak untuk diingati.Ibulah seorang yang tidak pernah sedikit lukakan hati ini.Serius.orang lain pernah buat hati ini terluka tapi tidak pada ibu.

Dia pendorong untuk aku berjaya.Dia pembakar semangat aku.Dia segalanya. Waktu kami kecil dahulu,kami bukan orang senang.yang mampu beli PS2.yang mampu memakai pakaian jenama.yang mampu ada segalanya.kami hanya anak desa.yang kenal erti parit.yang kenal erti sawah.yang kenal erti hutan.

Ibu penguat semangat aku.Bila aku lihat semangat ibu besarkan kami,semangat ibu membanting tulang mencari rezeki.aku rasa aku lebih berani.hadapi masa depan.kini,hidup kami sudah tidak sesusah dahulu.Alhamdulillah,berkat doa ibu siang malam,ibu sudah dapat merasakan hasil titik peluhnya.Tahniah ibu,engkau tetap utama dihatiku.


Untuk ibu,Selamat Hari Ibu,semoga Tuhan merestui perjalanan hidup Ibu.Semoga tuhan memanjangkan umur ibu dan murahkan rezeki ibu.Tiada detik yang paling indah selain dapat lihat engkau senyum dan bahagia.

Hadiah istimewa untukku buat ibu,setitik rasa bangga dengan peluh keringat ibu,doa yang kukirimkan untukmu di angin lalu setiap hari dan akanku hadiahkan sebuah kejayaan buatmu ibu.


untuk ibu,MELAH BINTI ISMAIL,selamat hari ibu ikhlas dari anakmu yang jauh di mata.


tak lupa buat semua blogger yang bergelar ibu,Selamat Hari ibu



kali ni wan nak tag akak Wan dan follower wan yang terbaru, Yana Yassin

Tarikh Tutup : 5 Mei 2011

9 comments :

NUMASARA HANA said...

thanks join... terharu baca entry wan.

semoga ibu panjang umur dan dapat lihat kejayaan wan.

Rozuan Ismail said...

@NUMASARA HANA

mudah-mudahan.doakan kejayaan bersama.Amin.

Abang Zam said...

semoga ibu berpanjang umur

*kau felda mane?

shams said...

moga ibu pak cek bioa sentiasa dalam lingkungn rahmat dan nikmat ALLAH..

ermm
name ibu kamu same ngn name nenek saya..
1st time jumpe name same..
pnh 3dekad hidup mencari name yang same ngan nenek..
baru la ni jumpe...

Rozuan Ismail said...

@shams

nama sama ke?x sangka kan.

YaNa YassiN said...

bersyukur kan kerna kita masih ada ibu,.. moga ibu kamoo sihat sentiasa dan pasti ibu berbangga mempunyai anak seperti kamoo,.

Rozuan Ismail said...

@YaNa YassiN

tq ysna.semoga ibu kamu juga sihat sejahtera

Achahani said...

Thanks wan tagged akak, sungguh terharu bc kisah wan. Takpe wan dl ssh. skrg berusaha utk maju ke hdpn ok!

Achahani said...

http://akusertajiwabisnesku.blogspot.com/2011/04/segmen-saya-sayang-ibu.html

akak dah buat dik. khas utk wan juga.