Friday, April 22, 2011

TIPS MEMILIH KAMERA DIGITAL @ DSLR | KHUSUS BUAT KAKI DSLR


ikut trend.minat.rakan sebaya.


3 pengaruh besar dalam penggunaan DSLR. tak kiralah apa yang anda idamkan DSLR @ kamera digital,tips diperlukan, ye lah harga sesuatu kamera itu bukanlah berpuluh ringgit,tetapi beratus ringgit,dan ada yang beribu dan berpuluh ribu ringgit.satu perbelanjaan yang besar bukan.Jadi,jom kita sama-sama gunakan tips dibawah untuk memilih kamera.







1)SESUAIKAN KEPERLUAN PIKSEL


semakin besar megapiksel sebuah kamera,sudah tentu semakin mahal harganya.Namun mesti ingat,megapiksel yang besar TIDAK menjamin kualiti gambar yang baik dan berkualiti. Tetapi,jika anda ingin mencetak gambar yang diambil pada saiz besar, anda perlukan jumlah megapiksel yang besar.


2)BATERI DAN PENGECAS


gunalah kamera yang menggunakan bateri Lithium kerana penggunaannya sangat mudah,hanya perlu dicas apabila diperlukan. Namun,masih ada kamera digital yang menggunakan bateri jenis AA.Ini merumitkan anda kerana jangka hayatnya tidak lama dan memerlukan kos yang tinggi.


3)ZOOM OPTIKAL DAN DIGITAL


Paling minimum,pastikan kamera anda dapat membesarkan imej guna zoom optikal sekurang-kurangnya 2 kali.Zoom optikal penting untuk mengambil gambar dari jarak jauh.Pembesaran imej menggunakan zoom digital biasanya tidak berkualiti kerana mengakibatkan imej itu pecah dan tidak jelas.


4)LAMPU BANTUAN


gunakan kamera yang ada lampu bantuan bagi memudahkan kamera mendapatkan fokus pada kawasan yang kurang cahaya.


5)RUANG STORAN DAN MEMORI


pilihlah kamera yang mempunyai port untuk kad memori tambahan.Untuk kad memori tambahan,harga adalah berbeza mengikut jumlah ruang storan yang disediakan.semakin besar ruang storan,semakin mahal harganya.


6)CUBA DAHULU


sebelum membeli satu kamera,cuba terlebih dahulu dan bandingkan dengan model lain dan bandingkan harga dengan kedai lain.pastikan menu dan butang kawalan seperti zoom,shutter,time delay, sesuai dengan keperluan anda. pastikan juga skrin monitor kamera (viewfinder dan LCD) menepati kemahuan anda.


7)LAKUKAN RESEARCH


sebelum membeli sesuatu kamera,lakukan kajian di Internet terlebih dahulu dan bertanya pada individu yang pakar mengenainya.semak spesifikasi ,kelebihan dan kekurangan serta bajet anda.




p/s semoga tips ini berguna.Selamat membeli kamera pilihan anda




sumber: Maskulin  vol 100 Januari 2010.

9 comments :

efa said...

good tips hehe tp sebenarnya tak sure ja mna ok dan yg mana nk beli sama ada nikon ka canon hurm pening2 huhu nk pi serve dulu la

Amirah Adnan said...

hehe..baru td buat entry sal camera..erk..camera lomo okeyy tak?

Tok Esah said...

like2!!! tengah kumpul duit nak beli!! ehe

phee ungu said...

: lomo la pulak .. :P

d_LA said...

teringin sangat2 nak ada dslr sndiri..huhu...InsyaAllah nt tercapai hjt dla tu..hehe..thanx 4 da tips

alien said...

nikon ke canon ke?
cuba dulu cam saudara Rozuan cakap tu
pastu tgk la rakan2 ni ramai pakai nikon ke canon.. reason, boleh pinjam2 lens..

lagi satu,
nikon org kate cantek utk ambil view
canon pulak cantek utk ambil sport2nye

apa2 pun terpulang pada si pembeli la kan

Izamir Ridzwan said...

wan dah beli ke dslr..??

shafiqabdshukor said...

nikon ke canon???
dua2 lebih kurang same je...
yg membezakannya setiap kamera tu tahap kamera tu..
beginner, intermediate ngan pro..
makin tggi tahap die makin mahal la...
yg paling penting org yg amik gmbr tu...
kalo pki pro tp x kreatif x lawa la gak gmbrnye...
good luck...

muslim said...

bila la aku dpat nak pakai nikon d 7000 ni..