Tuesday, May 24, 2011

EDISI MASUK JAWI | TAKUT DENGAN TOK MUDIM


SEGMEN AKU DAN ALAT MUZIKKU AKAN TAMAT PADA MALAM INI.JOM JOIN SEBELUM TERLAMBAT!!


Serius lawak dan kelakar.kenang waktu zaman kanak-kanak dulu.sebelum nak masuk alam remaja.Budak laki ni kalau sebut bab khatan @ masuk jawi mulalah seram sejuk,kecut perut dibuatnya.Mana tak nya,terbayang muka tok mudim yang bermisai panjang dengan pisau kat tangan.haha.

Budak laki ni kalau degil,senang je umpan dia.Aku panggil tok mudim sunatkan ko.haha.terus dia dengar cakap. Budak laki kalau sebut je nama tok mudim,memang fobia sikit.tak tahulah kalau ada yang satu kepala dengan tok mudim kan.memang hebatlah.haha.

 dia ni tok mudim.yang ni pon orang dah gerun bila sebut nama.

Apa yang terbayang dekat korang bila sebut nama tok mudim
*muka bengis
*misai panjang macam tak potong setahun
*suka bawak pisau tajam
*keje dia potong memotong je.haha.
 
abang wan suka sakat masa wan kecil dulu.Dia kata apa,tok mudim ada yang pakai kapak kalau nak sunat orang.Wan pon mula lah fikit.Mak aih,biar betol, kapak yang nak tebang pokok tu guna nak potong anu.Mulalah hati gelisah tak tidur malam terkenang nasib.haha.

 amboi muka.tak menahan .sakit sangat ke?



Nasib baik wan lahir zaman dah moden.semua pakai doktor.mana ada pakai tok mudim dah.bius je,rasa kebas pastu kuranglah sakit.masa nak jahit tu je lah sakit sikit.tapi, pergh. kejap gila wan rasa.tahu dah siap dah.tak sangka semudah itu berkhatan ni.Tapi kenapa wan pernah dengar kes takut sampai nangis-nangis.tak jantan lah diorang ni.harap muka je gengster.


kalau tengok cerita Melayu,memang lawak gila la time nak sunat.siap lari satu kampung sebab takut sunat.ada pulak yang panjat pokok rambutan.haha.apa da.bikin malu je.kata anak jantan.tak kan sunat pon takut.huhu.

ceria je diorang ni mesti tak sakit.


tapi yang best kalau sunat,memang dilayan macam raja.Nak yang tu dapat,nak yang ni dapat.makan pulak semua yang berbakar.pantanglah konon.last sekali aiskrim pon sumbat.haha.tapi kalau keluarga wan,mak ayah pesan,kalau berkhatan jangan minum air kelapa.wan pon tak tahu kenapa..korang tahu kenapa orang khatan tak leh minum air kelapa?


p/s mesti ada blogger yang nangis masa khatan.malu le tuh nak cerita.huhu

14 comments :

Abang Zam said...

ahaha...aku nangis bila bius die dah habis

cam gampang sakit!!

cucu umie said...

tringt jap masa zaman kecik..kuikui aduyai..syukur lh sebb lhir zaman moden dan xperlu jumpa tok mudim..btw, ayie xad abg, so, xad sape2 lh nk tkotkan ayie..hehe

zacky ~786~ said...

haha.. kenangan beb sunat ni.. sekali seumor hidup.. emm tak tahu laa wan. keanapa ek ? xleh minum air kelapa..~

Makbed said...

takut bentan kot kalau minum air kelapa. sama la macam pompuan lepas bersalin, takleh minum air kelapa gak.

Rozuan Ismail said...

@Abang Zam masa ubat bius dah habis,memang pedih =)

Rozuan Ismail said...

@cucu umieanak sulung ke ayie?

Rozuan Ismail said...

@zacky ~786~ entahlah.wan pon tak tahu.

Rozuan Ismail said...

@Makbed bentan tu apa ye?

iniialahaku said...

mmber aku pengsan ats riba aku....aku nk panik,rilex cool je...ayh aku ckap, jgn bgi malu abah...hahaha

Rozuan Ismail said...

@iniialahaku huhu.anak abah le ni =)

miss.Addin said...

haha. teringat cousin nak sunat lari satu klinik. jenuh la ayah dgn abag2 dia kejar. dh la dia hyperactive . haha :)

Rozuan Ismail said...

@miss.Addin memang hyperactive la kalau macam tuh =)

Achahani said...

Okay ni soalan serius,

SAKIT KE WAN????
rasanya tak SESAKIT ORG BERANAK kot!

Untunglah jd lelaki.
perempuan byk yang dilalui.

MENGANDUNG, BERSALIN, JAGA ANAK. SEMUANYA PEREMPUAN.

so jgn jeles ye kalau "syurga tu di bawah telapak kaki ibu"

sbb byk sbb perempuan kena tanggung,so wan jgn jd ank derhaka yeaaayy.

Wan bersunat pun mak yg jaga. hihih~

Rozuan Ismail said...

@Achahani memanglah.sunat memang sakit tapi kejap dan sikit je =)