Saturday, May 7, 2011

EDISI SELAMAT HARI IBU | KISAH IBU YANG MENYAYAT HATI



Salam Sabtu.
ok.Sihat semua?semua dah mood hari ibu ke?
hari ni nak cerita satu kisah sedih.
credit to blog  Sioloon 
cerita yang sedih dan menyayat hati.
*******************************************************************

Ini kisah sedih seorang ibu. 
Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan 
tempat seseorang ibu di dunia ini. 
Ni cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. 
Sebab seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. 
Jadi aku letak dalam blog ni.


Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan 
akibat kelalaian atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!


Cerita si anak.....


Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, 
buku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu. 
Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya ,
salah seorang rakan darjah berkata, 
“EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketikaitu aku hanya ingin membenamkan diriku. 
Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata,
“Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa,
alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”
Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti 
dan berfikir akan apayang telah aku katakan kepadanya
kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…

Akuingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku berkahwin. 
Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak.
Aku amat gembiradengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku.
Sudah lama dia tidak berjumpa denganku 
dan tidak pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, 
“Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!
"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Denganpantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” 
dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan 
untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah memberitahu isteriku
yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah  usang ibuku 
hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal…
Aku tidak menitiskan setitik air mata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu….
Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… 
Aku memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak lelakiku 
dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…"

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. 
Selepasitu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!
p/s semoga cerita di atas memberi iktibar kepada kita semua.

20 comments :

zaty said...

si tenggang der!realiti hidup..skrg ni pun tah ada je anak derhaka yg mcm ni kat luar.. *geleng2

Achahani said...

Geram doh baca kisah ni..

eeeeeeeeeee...

moga Allah bls setimpal dgn perbuatannya!

MOga dia cpt menyesal dan bertaubat!

azalia hjsalleh said...

penah bce cerita nie versi english
sedih sgt sedih

Rozuan Ismail said...

@zaty

banyak je zaty,ada yang berani sepak terajang mak.

Rozuan Ismail said...

@Achahani

mudah-mudahan acha jadi seorang anak yang solehah dan baik

Rozuan Ismail said...

@azalia hjsalleh

oo ye ke lia.ini pon ambik dari blog orang.terharu baca kisah tu.

awEEN said...

alahai..sedihnye kisah ni..thanks share ok..

Rozuan Ismail said...

@awEEN

sama2 aween.share je kat ramai orang

Syafiq Rosli said...

sdih la plak..huhu

HAZWAN17 said...

sayangilah ibu kita seperti mana sia menyayangi kita masa kita kecik..sedih tengok zaman sekarang ni ada anak-anak yang buang ibu bapak..

whitecappuccino said...

Kenapa ada anak sebegini dalam dunia..

Rozuan Ismail said...

@Syafiq Rosli

sedihkan syafiq.kesian ibu tuh

Rozuan Ismail said...

@HAZWAN17

dah la buang mak bapak,hina lagi,sepak terajanglg.dia buat mak bapak macam binatang

Rozuan Ismail said...

@whitecappuccino

itulah ujian dan dugaan tuhan WC

ice cream said...

sedi cerita nih..bace entry ni..kisah reality sy sendiri..kisah pemergian bonda tersayang http://tentangakudanhatimu.blogspot.com/2011/01/skali-lagi.html

amna said...

ish, kejam3~~
nauzubillah.. moga-moga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah. ameen~

Rozuan Ismail said...

@ice cream

be strong ice cream.sedih baca cerita tentang arwah mak awak

Rozuan Ismail said...

@amna

Amin.Moga kita semua mendapat keberkatan dan doa dari ibu

cacing said...

selamat hari ibu... hero dunia sepatutnya ibu bukan superman!

Rozuan Ismail said...

@cacing

setuju!!superman tak pernah berjasa dekat wan.ibu je yang banyak berjasa