Sunday, May 22, 2011

KAMPUNG | TEMPAT TERBAIK CARI KETENANGAN


Kalau yang memang tinggal dekat kampung,mesti beruntung sebab kampung tempat untuk lari dari kesibukan kota dan tenang berada di sana.Siapa kat sini memang asal kampung? mesti seronok kan.

Bandar mungkin punya kemudahan canggih,tapi bandar tidak mampu menyediakan ketenangan sama seperti di kampung =). Bagi wan, lama mana hidup kat bandar,apabila otak dah serabut dan tension,kampung lah tempat untuk release tension.
Kampung kini dah tak macam dulu.pelbagai kemudahan ada. Internet pon senang untuk dapat.Jadi tiada masalah untuk berhubung walaupun ada dekat kampung.agak-agaknya ye,kenapa kampung best?

ini menurut pandangan wan.

1)ada makanan best =)

sekadar gambar hiasan (air tangan ibu)

biasanya ramai orang yang ibunya tinggal di kampung.dan jika ibunya tinggal di bandar,pasti neneknya tinggal di kampung.Sebenarnya masakan ibu adalah yang terbaik. Walaupun perut kita menghadap KFC ke,McDonalds ke, tapi masakan ibu adalah yang terbaik. boleh hilang tension makan masakan daripada air tangan ibu.dapat lepaskan kerinduan.

kalau balik kampung masa musim buah,memang seronok sangat.mana tak nya, keliling rumah penuh pokok rambutan,langsat,manggis,durian.memang menyelerakan. nak dapat kat bandar,dah la mahal,tak sedap pulak tuh.





memang menyelarakan.alamak.ada yang dah terliur,haha.jom balik kampung!

2)suasana kampung yang aman dan tenang

memang suasana kampung ni beza dengan bandar.kalau kat bandar tu,bangun je bising tengok kereta sana sini.memang tak aman lah. kat kampung ni memang seronok dapat masuk sungai cari ikan,main dekat bendang.memang syoklah.rugi siapa tak de pengalaman ini semua.



cantik kan pemandangan kampung.dengan langit yang biru,sawah bendang yang hijau.angin pulak sepoi bahasa.pergh.memang tenanglah.kalau kat bandar tuh,nak tunggu angin bertiup pon susah.erm.

3)tempat berkumpul sanak saudara

kalau dekat bandar semua sibuk bekerja dan belajar.tiada masa untuk keluarga dan sanak saudara.Masa dekat kampung ni lah,semua dapat berbual sakan sambil lepaskan kerinduan. seronok bukan dapat bertemu mata dengan ahli keluarga terutamanya ibu dan ayah.

sekadar gambar hiasan

kesimpulannya,memang kampung adalah tempat terbaik untuk menenangkan diri daripada sebarang masalah.

Anda punya tempat tersendiri untuk tenangkan masalah? 

32 comments :

hafiz hafizol said...

<--- home sweet home.. jeles tak?? Kah3....

Rozuan Ismail said...

@hafiz hafizol ceh.taw la kat kampung.grrr.

アヌム ちゃん said...

aaa rindu nk mkkn gulai tempoyak dan durian jugakk..sobsob..poskan boleh..heeee

J.Syazwana said...

naseb baik perlis ni macam kampung jugak. heee. tenang sikit rasa :P

Rozuan Ismail said...

@アヌム ちゃん kan sampai jepun dah basi cam ner.huhu

Rozuan Ismail said...

@J.Syazwana seronok lah macam tuh =)

Jey Yusuff said...

hatiku masih lagi di kampung

Rozuan Ismail said...

@Jey Yusuff wah! ini memang pure kampung nih!huhu

nelly said...

kampung dekat jerk
=p

cucu umie said...

kalau ayie suka tenagkan fikiran dekat pantai walopon ayie dok kg..tapi bg ayie pantailah temat sgleyer untuk dilepaskan..lg2 dengar air laut tu menghempas dekat batu..rasa damai shje..

Rozuan Ismail said...

@nelly seronoklah nelly boleh balik kerap ke kampung =)

Rozuan Ismail said...

@cucu umie pantai memang lagi syok.tengok ombak hempas lat pantai tu pon dah tenang.

whitecappuccino said...

Setuju dgn wan..kampung is the best!

Rozuan Ismail said...

@whitecappuccino apa lagi kak,jom balik kampung ramai-ramai

dhilla nazli said...

naknak kampung yang ade sungai n pantai n air terjun.. yang cantik... perghh

p/s; buah tu sgt sedap okie

KiD said...

memang best kalau balik kampung kan!!

Baby Happy! | Happy Sunday!

Syafiq Rosli said...

yes..nasib baik lah..tggl kampung..hehe

Rozuan Ismail said...

@dhilla nazlipegh.cool kan

Rozuan Ismail said...

@KiD lebih dari best.huhu

Rozuan Ismail said...

@Syafiq Rosli duk kampung?memang bestlah

anamizu said...

home sweet home memang terbaekk ^_^
tige tahun merantau menuntut ilmu kat tmpt org mmg sayu..
mkn pun mmg kene survival gila..
skrg dah stay kat felda tanah air sndiri bahagia rasa..
alhamdulillah ^___^

Rozuan Ismail said...

@anamizu org felda gak ke?felda mana?

Esempoi said...

kampung halaman la paling best

apik pehe said...

waaaa...teringat kampong..dah satu sem tak balik rumah ni..tambah lagi kursus sebulan kat ump...huuuuu

Rozuan Ismail said...

@Esempoi setuju dengan Esempoi.kampung halaman is the best =)

Rozuan Ismail said...

@apik pehe lagi lama tak balik.ada ke dekat 5 bulan?

jeely jelly said...

xperlu malu kalau kite dari kampung.. betol x ??

sbb nie lah saye selalu balik umah time study dulu.. rindu umah (kampung)

Rozuan Ismail said...

@jeely jelly macam keluar topik je komen ni.,huhu

sobri yaacob said...

setju..kmpg la tmpat pling tneng kat dunia.. :)

Rozuan Ismail said...

@sobri yaacob huhu.betul ke?

yamilalala said...

aku mmg pure kampung la...haha...dulu,mmg nak dok bandar,skali bile dpt u kat bandar,baru aku tau betapa berharganya kampung aku ni....huhaha...plus,jimat duit duk kampung ni...sebab shopping complex agak jauh la jugak...HAHA

Rozuan Ismail said...

@yamilalala orang kata bandar best,tapi kampung lagi best =)