Friday, May 20, 2011

ORANG MELAYU LEBIH SUKA DENGKI | DARIPADA BERUSAHA UNTUK BERJAYA


Alhamdulillah.apa khabar? moga semua kawan blogger wan sihat.by the way,nak promote segmen yang wan anjurkan.setakat ni baru 2 orang yang join =) , diharapkan ada lebih banyak penyertaan selepas ini.

jom join


Buat semua blogger yang punya alat muzik sendiri,jom join k

***************************************************************************************************

 sekadar gambar hiasan..
jom kita kembali pada topik asal

Setuju  atau tidak? orang kita lebih gemar dengki daripada berusaha untuk berjaya.

sebagai contohnya,

"Pak Mat ada satu kedai makan.Pak Mat ni sangat rajin bekerja siang malam.dan hasilnya, Pak Mat mampu kembangkan bisnes dia menjadi sebuah restoran.

Sebelah restoran Pak Mat,adalah restoran Pak Abu,Pak Abu ni sangat kejam.suka tinggikan harga makanan,makanan tak bersih dan banyak lagi.kira nak untung cepatlah.dan makin hari kedai Pak Abu makin nak bankrap.

Pak Abu rasa kedai dia nak bankrap sebab restoran Pak Mat yang dah maju.timbul dengki dekat situ untuk khianat restoran Pak Mat.Dan akhirnya, Pak Abu berjaya membuatkan restoran Pak Mat ditutup.."


 sekadar gambar hiasan..


ini adalah contoh mudah.Lihat,bagaimana orang melayu nak maju?

Bila tengok orang melayu lain berjaya,mulalah dengki dan khianat.

Bukannya nak pergi belajar dengan orang melayu tu bagaimana mereka berjaya

Inilah sikap orang kita yang tidak gemar melihat orang lain berjaya. 

Sanggup upah bomoh,bela hantu,asalkan orang sekelilingnya tidak kaya.

Kenapa perlu dengki?kita sesama Orang Melayu perlu bersatu.

Kita kena pegang kata Hang Tuah

"Takkan Melayu hilang di dunia .."

22 comments :

miss.Addin said...

org yang dengki tu mcm ular hitam berbisa yang tidak akan diam sebelum menyembur bisanya pada tubuh yg tidak berdosa. huhu

abutalib said...

TU yang dinamakan melayu mudah lupa.

Abang Zam said...

aah..celaka gila bagi siapa yg dengki untuk kebaikan diri sendiri

mad khaz said...

setuju, memang selalu macam tu.

ini lah perpektif orang melayu yang kita kene ubah.

sudah jadi duri dalam daging sikap begini.

MasyaAllah

cucu umie said...

itu adlh sikap orang melayu yang paling ayie tak suka..sebb family ayie kan berniaga,, sudah biase nie kne khianat..xboleh tgok orang maju sedikit..ad shje yang dia xpuas aty.. manusia2x

HAZWAN17 said...

bila diri dikuasai hawa nafsu
baik buruk sudah tidak dipikir lagi

Rozuan Ismail said...

@miss.Addin TQ for your nice quote.harap ambil iktibar =)

Rozuan Ismail said...

@abutalib kalau boleh kita nak buang sikap melayu mudah lupa =)

Rozuan Ismail said...

@Abang Zam manusia hidup tak pernah puas dan tak suka lihat orang lain lebih hebat dari diri sendiri

Rozuan Ismail said...

@mad khaz mudah-mudahan kaum melayu bersatu padu

Rozuan Ismail said...

@cucu umie boleh tengok banyak sangat dalam perniagaan orang melayu.sampai bakar kedai orang lain kerana khianat

Rozuan Ismail said...

@HAZWAN17 itulah bahayanya nafsu.sama-sama kita pertingkatkan iman kita =)

AZRUL AZMI said...

it's all about mentality... kita kene tukar mentality kita...

Rozuan Ismail said...

@AZRUL AZMI setuju.mentaliti orang melayu perlu kelas pertama =)

Amirah Adnan said...

karma bg org melayu

nohoho =) said...

tak melayu la kalau tak dengki

Rozuan Ismail said...

@Amirah Adnan tapi kita boleh ubah kan =)

Rozuan Ismail said...

@nohoho =) sebab tu lah mentaliti kita kena ubah =)

Syafiq Rosli said...

mana taknya kan..PHD masih berleluasa..huhu

Rozuan Ismail said...

@Syafiq Rosli haha.PhD ni x boleh pakai.huhu

apik pehe said...

btol2..
orang melayu ni suke sangat dengki dengan kejayaan orang lain..hehe..
sbb apik pon penah rasa gitu

Rozuan Ismail said...

@apik pehe apik pon pernah rasa ke ?