Sunday, May 1, 2011

SELAMAT HARI PEKERJA | KENAPA GRADUAN RAMAI MENGANGGUR?


Selamat Hari Pekerja.aku belum bekerja,tapi saja mahu ucap dekat sesiapa sahaja yang sudah bergelar pekerja.tak kiralah kerajaan ke,swasta ke,persendirian ke.yang penting anda seorang pekerja.




terima kasih kerana sudah banyak berjasa kepada negara dalam mengukuhkan ekonomi,sosial dan politik negara. Oh ya, tidak lupa kepada mak,ayah,abang,kakak ipar dan abang ipar yang bergelar pekerja,Selamat Hari Pekerja.

Sebut pasal kerja,aku sangat takut.Kenapa?sekarang ni tak macam dulu,majikan pilih kerja sangat strict.tak semestinya kau ada segulung ijazah,kau dapat kerja bagus.ramai je yang jadi penganggur.Ramia je yang menghabiskan beras dekat rumah mak.ramai je yang terbongkang tidur tak tahu nak buat apa.

sekadar gambar hiasan


Faktor kenapa ramai graduan lepasan universiti menganggur


1)pekerjaan yang ditawarkan tiada kaitan dengan kursus di universiti


dia budak course biology.tapi dapat tawaran kerja bahagian administration.tapi dia tolak,atas alasan dia tak suka administration.orang macam ni aku panggil celaka.sebab bodoh tak bertempat. 

kau ingat senang ke orang nak offer kerja. kau ingat kau ambik biology,kau senang-senang dapat job ada kaitan dengan biology.redha la kalau dapat kerja yang bukan course kita.belajar dulu,lama-lama suka.kalaulah nak job yang course kita,memang tanam anggur kat rumah je la jawabnya.


2)terlampau memilih pekerjaan


cantik ke kau masuk kerja terus nak jadi manager.cermin diri dulu.setakat baru habis ijazah,ada hati nak pangkat tinggi.orang suruh kerja bawahan,tak nak lah.tak de class.kepala hotak ko x de kelas.kau ingat yang jadi CEO syarikat sekarang ni,masuk kerja pertama kali terus jadi CEO ke? diorang pon mula dari bawah lah.

Ada jugak yang lagi bangang, belajar tak seberapa,tapi nak kerja hebat.Masa kat universiti dulu,mak suruh pergi universiti belajar,pergi meronggeng tempat lain.grad dengan pointer tak seberapa tapi demand kerja bagus.Da!! orang macam ni memang layak kena baling dengan pinggan mangkuk!


3)kurang soft skill

terus terang aku cakap berdasarkan pengalaman.pointer exam memang penting.tapi soft skill lagi penting.apa tu soft skill?kemahiran di luar kuliah macam cara berkomunikasi, bahasa Inggeris,pengetahuan IT,kokurikulum dan sukan serta sebagainya.setakat duduk universiti ,24 jam baca buku,buku dan buku tapi tak aktif benda lain,serius tak berguna.

Majikan lebih pentingkan insan yang seimbang.apa guna otak bijak,tapi bahasa Inggeris hancur.Apa guna otak yang bijak,tapi tak reti berkomunikasi dengan orang.Apa guna otak yang bijak tapi badan tak sihat.serius.softskill itu sangat dan amat penting.


p/s Selamat Hari Pekerja dan jangan memilih kerja.Rezeki ada dimana-mana.Tuhan sudah tetapkannya,Terima penuh redha.

15 comments :

zacky ~786~ said...

btol lah :) den yer inggeris pn bersepah .. huhu

chemay said...

sebab tak banyak kerja kosong pon boleh terima kan??
sbb dah ramai sgt garduan skrg..
so kne terima je rezeki yang ade..
jgn nak memilih sgt macam no1 tu
:)

Syuxer said...

sama la kita bro..tanam anggur yang masih x berbuah...naseb bekla boleh tolong ayah kat kebun..adalah gak ilmu pertanian sikit2..heheh

kAmi dAn mEreKa said...

pinggan mangkuk tak cukup besar tu,
guna periuk, kuali, belenga, hihi ;)

Rozuan Ismail said...

@zacky ~786~

samalah kita zacky.wan pon hancur gak english

Rozuan Ismail said...

@chemay

betul2..kalau kerja kerajaan,tempoh bersara dilanjutkan,cm ner la kerja kosong tak cukup utk org baru

Rozuan Ismail said...

@Syuxer

saya belum kerja lagi.jadi blogger pon ok

Rozuan Ismail said...

@kAmi dAn mEreKa

kita guna pinggan artifak kat muzium pon boleh jugak..hihi

awEEN said...

betul tu wan..first yg pasal dpt kerja tak sama dgn kos yg diambil di uni tu mmg ramai yg mengalaminya..2ndly, kalau position dlm mane2 company @ kt gornmnt sector yg mmrlukan dgree ni adalah xbyk..ye la..selalunye kan position top yg mmrlukan dgree ni cume ade beberape je kan.. so, ape salahnye start dr bawah..timba pnglaman dan diserap slow ke position yg lebih bagus kan..

soft skill dlm entrepeneurship pon bagus..even xdapat keje makan gaji kite boleh bukak bisnes sndiri..saya pon sedang meningkatkan soft skill dlm diri..hopefully tak terlambat lagi..=)

Rozuan Ismail said...

@awEEN

setuju dengan apa yang aween cakap

Ija said...

mcm saya, studi bidang lain kerja bidang lain..100% berbeza..yg penting ada kerja, ada gaji, dpt bonus..kerja dr bawah kita blh belajar byk perkara..saya pun nak tingkatkan soft skill saya yg bk kekurangannya.

Rozuan Ismail said...

@Ija

betul tu ija.tak perlu memilih kerja.kan bagus dapat belajar sesuatu yg baru,ilmu baru bukan rugi untuk dipelajari

Woofer Storm said...

betul bro..grduan masa kini bnyak menganggur,demand lebih..tu yang susah nak dpt kerja tu..

*sedih,sok kena kerja..waaaa

Rozuan Ismail said...

@Woofer Storm

selamat bekerja.cuti satu hari sudah

apik pehe said...

masalah sekarang ni ramai teruk dalam inggeris...pastu leadership pon xder..huhu