Thursday, May 19, 2011

TAHNIAH BUAT ELIA DAN KHAIRUL FAHMI | AL-FATIHAH BUAT ARWAH ABDUL HAKIM


Berblogwalking ke blog kawan.banyak cerita yang buat aku terkejut.ada yang sedih dan ada yang gembira.

kita mulakan dengan berita gembira terlebih dahulu. Korang mesti tahukan awek si Khairul Fahmi Che Mat,penjaga gol kebangsaan dan pasukan bola sepak Negeri Kelantan adalah seorang blogger iaitu Elia.

Elia mempunyai satu blog iaitu http://jejariruncing.blogspot.com/



dan kini blognya makin popular ,mungkin kerana penangan si Khairul Fahmi Che Mat. ape pon blog dia memang best untuk di baca kerana entri nya yang simple.

sangat terkejut bila baca entri terbaru tentang pertunangan elia dengan Khairul Fahmi. Tahniah diucapkan buat mereka berdua.Semoga ikatan pertunangan ni akan diteruskan sehingga ke jinjang pelamin.

pertunangan ala Arab telah dipilih dan mereka selamat bertunang pada 17 Mei 2011.

untuk melihat gambar sekitar majlis pertunangan mereka,boleh klik di sini. 

 semoga mereka berdua bahagia selamanya.

*********************************************************************************************

Hari ini juga merupakan hari yang amat sedih dan pilu buat semua blogger apabila salah seorang kawan blogger telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.

pemilik  blog Telordibasuh (  http://telordibasuh.blogspot.com/ ) atau nama sebenarnya Abdul Hakim telah meninggal dunia pada pagi tadi di Hospital Putrajaya kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Buat kawan blogger semua,sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.Al-Fatihah..
sayu bila ke blog beliau kerana ramai orang mengucapkan takziah dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.wan pon ada komen di blog beliau beberapa hari lepas dan wan tak sangka itulah entri terakhir beliau.

pesanan dari abang beliau :

Andai arwah ada melakukan kesilapan sepanjang hayatnya, saya selaku abanagnya ingin menyusun jari memohon maaf mewakilli pihak arwah. Dan andai masih terdpat hutang yang belum arwah selesaikan. Bolehlah maklumkan dengan menghantar mesej ke Fb saya. Syukran jazakallahu khairan! (Firdaus Kamal)

diambil dari blog  Affan Ruslan 


inilah putaran hidup di dunia kawan-kawan.waktu kita berduka,ada yang gembira,waktu kita gembira,ada yang berduka. Ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan.Kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukan segalanya

25 comments :

BRO_MONDAY said...

PCB : itulah....dalam sesaat tu macam² perkara berlaku, kuasa YANG MAHA ESA...dalam kegembiraan tentu ada kesedihan sedang terjadi...sentiasa lah kita beringat...('',)

AL-FATIHAH buat arwah, semoga rohnya tenang di sana di sisi Ilahi...amin...

IQBAL ZARIN said...

al-fatihah utk pemilik blog telordibasuh. huhu~

zarul farhana said...

al fatihah...

Rozuan Ismail said...

@BRO_MONDAY semoga kita sentiasa mengingati mati

Mama Kembar 3 said...

Al fatihah untuk arwah. Tak sangka kan? dia masih muda. Tp tu lah, segalanya ketentuan Illahi, nobody can deny.

nur amalina athman said...

alfatihah buat arwah..
smga ditempatkan dalam kalangan org yg beriman.amin

Rozuan Ismail said...

@IQBAL ZARIN AL-Fatihah untuk arwah juga

Rozuan Ismail said...

@zarul farhana semoga arwah bahagia di sana

Rozuan Ismail said...

@Mama Kembar 3 mati tak kira umur mama.semua orang akan hadapi mati tuh.cuma masa menentukannya

Rozuan Ismail said...

@nur amalina athman sama-sama kita doakan k

cucu umie said...

putaran kehidupan..biaselah..kadang-kadang ad yang gembira dan berduka.. takziah bt keluarga beliau dan jom sama2 semoga rohya ditmpatkan ditmpt orng yg beriman..incya-Allah.. kejadian manusia apabila kite dilhirkan pasti akan kmbali kepada yg satu jua..

Nurul Ashikin said...

baru tau psl berita nie. semoga arwah berada dlm kalangan org beriman~ al fatihah~

waN Mohd Salim said...

al fatihah .. semoga arwah dicucuri rahmat oleh allah SWT amin

sarah-najwan said...

al fatihah utk blogger telurdibasuh
akak penah kot BW blog dia..zmn akak rajin bw dolo2..

tahniah utk KFCM dan tunangnya..
semoga kekal bahagia dan cepat2 mendirikan masjid nanti..

Rozuan Ismail said...

@cucu umie kita diciptakan daripada tanah dan kepada tanah kita kembali

Rozuan Ismail said...

@Nurul Ashikin sama2 sedekahkan Al-Fatihah

Rozuan Ismail said...

@waN Mohd Salim Al-Fatihah

Rozuan Ismail said...

@sarah-najwan dia seorang blogger yang baik.

tahniah buat KFCM dan elia!

b a m b a m ' s said...

dalam SUKA ada TAWA
dalam TAWA ada TANGISAN

Al-Fatihah

*dah leh wat tajuk entry kan??*

awEEN said...

wan..lame sangat saya x berblog ni..macam2 brite baru tau hr ni..thanks wan for sharing the info..al-fatihah utk blogger telordibasuh ...

Rozuan Ismail said...

@b a m b a m ' s memang boleh dah CB,cepat buat.huhu

Rozuan Ismail said...

@awEEN laen kali mesti sentiasa update taw

eyjalukman said...

takziah , alfatihah buat beliau ..

ohh , tk tahu plak tunang dy blogger . heheh

Rozuan Ismail said...

@eyjalukman haah.tunang dia blogger popular.huhu

darul_makmur@yahoo.com said...

Salam...nak tumpang promosi boleh tak...terima kasih