Saturday, May 7, 2011

TIPS MENJADI ANAK KESAYANGAN IBU


Assalamualaikum semua.
rata-rata dashboard pak cek penuh dengan ucapan hari Ibu.
baguslah kalau ramai masih menyayangi ibu mereka
ok.buat yang sudah tidak punya Ibu,
doakan yang terbaik untuk arwah ibu anda.
Semoga mereka bahagia di sana.
tadi.masa pak cek post entri pasal kisah sedih hari ibu.
ada seorang blogger komen.
pak cek panggil dia cik ice cream.
dia ajak pak cek untuk baca satu entri pasal ibu dia.
rupanya,ibunya telah pergi meninggalkan dia,
Ya Allah,pak cek menitis air mata baca entri pasal emak dia
sekadar berkongsi cerita,jemputlah baca entri tersebut


Untuk ke blog dia,boleh klik banner kat bawah ni.
 
 terima kasih juga sebab buat satu entri untuk pak cek
sebab pak cek jadi follower dia ke 100.
tq so much.untuk baca entri ni,boleh klik sini


*******************************************************************************

Ok.back to the main topic.

Bagaimana cara untuk kita jadi anak kesayangan ibu?
adakah kena bagi ibu harta bertimbun-timbun?
adakah kena bagi ibu rumah mewah?
adakah kena bagi isteri cantik?


tidak sama sekali.
ibu tidak pernah ingin menyusahkan anak mereka.
jadi,apakah tips untuk jadi anak kesayangan ibu?



1)sentiasa mendoakan mereka

doa anak yang soleh merupakan bekalan sehingga ke akhirat.Doalah untuk mereka sekurangnya 5 kali sehari,iaitu selepas solat fardhu. Sekurang-kurang kita ada impian dan usaha untuk melihat ibu bahagia di dunia dan akhirat.Mintalah pada yang Esa agar Ibu sentisa diberkati oleh-Nya.

2)menyayangi mereka sepenuh hati.

sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kita waktu kecil.Dulu,ibu sanggup tahan lapar,ibu sanggup tidak tidur,ibu sanggup berpakaian buruk,ibu sanggup segalanya asalkan kita selesa.Sudah tiba masanya untuk kita pula beri keselesaan sepenuhnya kepada mereka. Sayangi mereka dan turuti segala kemahuan mereka.

3)Sentiasa menziarahi mereka

Jika kita tinggal berasingan,atau belajar jauh dari ibu bapa,sekali sekala hubungilah mereka bagi mengubat kerinduan di hati.Ibu ni kalau dah dengar suara anak,sejuk hati dia,dia tahu anak dia selamat. Pulanglah jenguk mereka di rumah agar lebih tenang hati mereka.Ibu mana tak sayangkan anak.Tidak perlu ambil waktu yang lama,waktu yang singkat sudah memadai.Ibu tahu akan kesibukan kita belajar dan bekerja.Ambillah sedikit masa untuk berhubung dengan orang yang banyak berjasa untuk kita

4)membantu mereka dengan semampu yang boleh

Mungkin ibu teringin tunaikan haji,tak pun mungkin ibu teringin nak ke mana-mana,tapi disebabkan kesempitan hidup dulu,hajat tak terlaksana.penuhi impian seorang ibu,besar pahalanya.Buatkan ibu gembira,buatkan ibu tenang di samping kita .InsyaAllah tuhan beri ganjaran yang lebih besar untuk kita.

5)Jangan sesekali derhaka kepada mereka

Ibu adalah insan yang mulia,tak pernah timbul rasa untuk menyusahkan anak.Janganlah kita menghina mereka,janganlah kita mencaci mereka.Janganlah kita sepak terajang mereka.Tak malukah kita berbuat begitu di depan orang yang melahirkan kita.Betapa murkanya Allah SWT kepada kita.Minta maaf pada mereka jika berbuat salah.Hati Ibu sangat lembut.Hati ibu mudah tersentuh.InsyaAllah,ibu mahu yang terbaik untuk anaknya.



ok.sempena Hari Ibu yang bakal menjelma,
Selamat Hari Ibu di Malaysia,
dan buat mereka yang sudah tidak punya ibu,ziarahi pusara mereka
sedekahkan al-Fatihah buat mereka.


Hari Ibu adalah hari-hari dan bukan satu hari sahaja
Sekadar untuk meraikan secara bersama.

10 comments :

lagenda said...

terima kasih pakcik atas ucapan dan tips2 utk menyayangi ibu tu.

ice cream said...

thanx pak cek biola..cik icecream akan ingt pesan ci icecream tuh

TiKa LEh said...

buat mereka bahagia pun dah ok..jgn sakitkn hati..

Rozuan Ismail said...

@lagenda

sama2 mak

Rozuan Ismail said...

@ice cream

ok.=)

Rozuan Ismail said...

@TiKa LEh

bagi hati mereka happy

awEEN said...

thanks for sharing the info..akan cuba dipraktikkan nanti =)

whitecappuccino said...

Syukur, mak masih ada..

Rozuan Ismail said...

@awEEN

alhamdulillah =)

Rozuan Ismail said...

@whitecappuccino

Semoga mak panjang umur ye!