Thursday, June 9, 2011

BULAN 6 | HARI BAPA





Selamat sejahtera.




kalau bulan 5,orang sibuk kata Hari Ibu dan Hari Guru.
bulan 6 ni, orang akan berkata pula tentang Hari Bapa.




Tanpa Bapa,kita tidak akan lahir ke dunia.
Kerana bapa pencetus segalanya.
Tanpa Bapa,kita tidak akan kenal erti dunia.
kerana Bapa permulaan segalanya.




itulah pengorbanan seorang bapa.
Bapa bukan sahaja mencari nafkah untuk keluarga,
tetapi nadi atau tiang sesebuah keluarga
kerana bapa adalah ketua
yang akan membawa keluarga mengikut acuannya.



back to memories.
teringat zaman wan kecik-kecik dulu.
wan berasa sangat bertuah sebab dikurniakan seorang bapa yang rajin.
bekerja siang malam untuk besarkan wan dan adik beradik.
tidak pernah katakan "tak" pada apa yang kami minta
sebab baginya,keperluan anak perlu ditunaikan.
wan masa kecik memang teramat manja.
mudah sensitif,biasalah budak-budak.
kena marah sikit dengan mak,ayahlah tempat mengadu
ayahlah yang akan tenangkan keadaan =)




 bapa juga tempat luah perasaan =)



wan rasa ayah wan sangat cool dan sporting
apa yang wan buat dia tak halang.
asalkan wan happy dan bahagia.
bagi ayah,itu yang terbaik =)
bila time balik rumah,ayah selalu tanya nak makan apa
ayah kalau boleh,nak beli apa sahaja untuk wan.
serius cool dan sporting.




ayah juga seorang kelakar taw =)
dia suka usik wan.cakap wan hensem.haha.
malulah wan ,ayah cakap macam tu.
ayah suka gurau-gurau,cubit-cubit,
haha.saja nak bermanja dengan ayah.
bukan selalu kan.




banyak sangat kenangan dengan ayah.
bila lihat kegigihan ayah kerja,nampak peluh di wajahnya,
wan tahu dia penat,tapi masih mampu tersenyum
itulah ayah wan
seorang yang kuat semangat.




wan nak sangat jaga ayah masa tua nanti.
wan nak berikan apa yang terbaik untuk ayah pula.
Semoga ayah panjang umur dan sentiasa murah rezeki.
Wan sayang ayah sangat-sangat.

26 comments :

waN Mohd Salim said...

kawe nak buat puisi la .. huhuhu

cucu umie said...

betol3..tanpa bapa tiadalah kita didunia..kebnyakan dripada kita jrng rapat dengan bapa sebb bapa sellu diktekan mereka tegas tpy ad sebb knape mereka mlkukan begitu terhdp anak2 mereka.. bapa wan same jer mcm bpa ayie..kdng2 siap terfikir, adkh aku dpt meblas jasanya wlopon realitinye tidak tpi hati sentiase berkte aku akan cuba bhgiakan mereka apbila berjaya kelak

Anak Ulu Cheka said...

wan bila lagi nak jadi bapa tu hehehe

qasehraihan said...

huhuhu sedihla lak rasa..terus rasa nak balik kg..tingat ayah..

d_LA said...

rindu kat ayah dla..naseb bek arini blk kg..hehe

SyahmiFikri said...

huhu.. selalu kita lupa hari bapa =)

n then papa merajuk.. keh3

b a m b a m ' s said...

arwah ayah CB garang n tegas..tp dia ttp penyayang..sama lar..mesti akan cuba penuhi permintaan anak2 wpon bersyarat.. :)

tapi dah lama pegi.. :')

kiwi said...

hadiah ape ek yang best nak bagi kat ayah?

アヌム ちゃん said...

hari bapa brapa hb pulak ye.

JIJI YU said...

hehe..tetibe rasa bersalah lak ngn abi aku

Rozuan Ismail said...

@waN Mohd Salim buatlah ps

Rozuan Ismail said...

@cucu umie InsyaAllah.berjasa pada ayah selagi dia masih ada

Rozuan Ismail said...

@Anak Ulu Cheka erk.no komen.

Rozuan Ismail said...

@qasehraihan wan pon sama.rasa macam nak balik.

Rozuan Ismail said...

@d_LA seronoknya.

Rozuan Ismail said...

@SyahmiFikri papa merajuk,susah nak pujuk.

Rozuan Ismail said...

@b a m b a m ' s Al-Fatihah buat ayah CB,He's the best dad for you

Rozuan Ismail said...

@kiwi tgk apa yang ayah minat

Rozuan Ismail said...

@アヌム ちゃん minggu ke 3 bulan 6 rasanya

Rozuan Ismail said...

@JIJI YU jumpa abi,mintak maaf ye

apik pehe said...

dah lame apik tak wish...sbb apik tak rapat nga abah..huuuu

Rozuan Ismail said...

@apik pehe cuba rapat dengan ayah k

najwa's said...

sayang abah! :)

zacky786 said...

syg baba ...

Rozuan Ismail said...

@najwa's sayang ayah =)

Rozuan Ismail said...

@zacky786 zacky pggil ayah,baba ye