Wednesday, June 1, 2011

CIRI-CIRI PEKERJA YANG DIPERLUKAN OLEH SYARIKAT



Korang semua dah kerja?atau tengah tunggu dapat kerja sambil makan buah anggur berjela-jela? atau lagi 2-3 tahun dah nak kerja? kalau yang tak lama lagi nak kerja,mesti risau kan nak cari kerja.susah kot sekarang ni nak dapat kerja =(. banyak benda kena ada.kena compete lah, tempat keje ada 1 je.kena compete 100 orang.mana tak nya ramai menganggur.



wan nak share beberapa tips untuk mengetahui jenis pekerja yang syarikat suka ambil. try lah,insyaAllah peluang kerja untuk anda sangat terbuka.


1) Pandai berbahasa Inggeris dan bahasa asing
 
Itulah pentingnya English edukesyen..Si Usop dah cakap penting,kira penting lah. zaman sekarang ni semua cakap omputih.keje restoran ke ,keje cuci toilet ke,keje apa-apa je lah.kira English ni pentinglah. Syarikat memang perlukan orang boleh cakap Bahasa Inggeris sebab mudahkan diorang untuk melabur syarikat dengan syarikat negara luar dan senang tarik perhatian orang.

Bahasa asing jugak penting. Kalau korang orang Melayu dapat cakap bahasa mandarin,itu memang kelebihan korang lah. Korang senang nak kerja dengan syarikat Cina yang sememangnya dominasi ekonomi kat Malaysia ni. Bahasa asing lain penting gak sebab tu bonus untuk korang bila syarikat ada wat usahasama ngan negara lain.

2)pandai menggunakan komputer

kalau korang mahir gunakan komputer termasuk kemahiran asas,Internet,pelbagai software, koranglah antara orang yang senang nak dapat kerja.Kerja sekarang ni semua online. orang kata paperless.dah tak guna kertas.sume pakai internet.nak hantar email ke,nak beli produk baru ke,nak berhubung ke,senang.semua pakai internet dan komputer. Kalau korang dah ada asas guna komputer,memang itu satu kelebihanlah. 


3)pandai berkomunikasi dengan orang lain

kalau korang bijak setakat mana,tapi communication skill korang rendah,majikan tak pandang gak.kalau nak pasarkan produk,nak yakinkan pelabur, kita perlu ada seorang pekerja yang pandai bercakap.pandai tarik hati pengguna,pandai meyakinkan pelabur. itu yang majikan mahukan.sebab tu semua dapat beri keuntungan kepada syarikat.jadi tak perlu malu untuk bercakap sesuatu yang bermanfaat. try duk depan cermin dan cakap pasal isu apa-apa.level confidence anda akan lebih tinggi. =)


4) semangat bekerjasama dalam kumpulan

Majikan biasanya inginkan pekerja yang boleh bekerjasama dengan setiap jenis orang. personaliti setiap orang berbeza dan mereka dapat sesuaikan diri mereka. pekerja yang macam ini sangat disukai oleh majikan.kita dapat terima pendapat orang lain,dapat melakukan kerja bersama tanpa sebarang masalah.jangan jadi pekerja yang ingin mendominasi sesuatu kerja.Itu hanya menimbulkan kebencian orang lain.


5)mempunyai emosi yang stabil

untuk jadi seorang pekerja yang hebat,emosi juga memainkan peranan yang penting.majikan lebih suka pekerja yang dapat mengawal emosi mereka. Sebagai contohnya,pekerja dapat mengawal tekanan yang di hadapi,bekerja lebih profesional dengan membezakan masalah peribadi dengan kerja di pejabat serta mempunyai kesihatan mental yang stabil. Majikan tidak gemar pada pekerja yang suka panas baran,suka  membuat kerja sambil lewa dan sebagainya.

itu saja tips yang wan dapat share.Pada yang bakal menempuh alam pekerjaan, cuba asah skill anda bagi menarik minat majikan untuk menjadikan anda sebagai pekerja mereka.


Selamat berjaya!

28 comments :

..gugu.. said...

nk tambah lg 1..

pndai mbodek.. ;p

waN Mohd Salim said...

thnk bro atas info .. hheee kawe menci bahase INGGRIS

qasehraihan said...

ye semua yg wan ckp tu benar..
tu ciri2 pkerja yg baik..hehe

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/entry-panas-hati-pendekar-berkuda.html

alien said...

pandai menyelesaikan masalah juga penting wooo

ArELeEz said...

owh.. leez dah keje. government servant. alhamdulillah.. btw, good tips! & tq for sharin'!

amna said...

kalau dalam urusan jual beli, yang no.3 tu sangat la penting..
kadang2, kita2 ni lebih banyak pandai bercakap atas kertas kan, tapi bila depan je tak sampai apa yang nak diperkatakan ;)

b a m b a m ' s said...

6) yang ada experience
7) yang tak minta gaji terlampau tinggi tapi boleh lakukan kerja multitask
8) yang seksi dan kacak bergaya

LOL!hahahahah

Mama Kembar 3 said...

agree with all of the above :-)

Arif Azmi said...

Kena buat banyak research cmni.. :).. Hehe.. thanks.. BTW.. Blog anda telah di-review!

http://akusukamembebel.blogspot.com/2011/06/segmen-review-pak-cek-biola.html

miss.Addin said...

nice tips ! berguna bila nak kerja nanti :D

bunga said...

yang first agak susah tuk bunga..

Achahani said...

akak br buleh view blog wan..hihihi..nak bls dendam nak komen semua sementara dpt komen ni. hahahhaha..

Akak bukan pekerja yang diidamkan disini sebab semua benda tak boleh itu tak boleh ini tak boleh.

so, hidup disini kena low profile okay, kalau tidak nanti ada yang mengamuk OVER dari dia.

hihihi...

cucu umie said...

bhasa itu pntg..ayie pon skrng tgh study bhase jepun and mandarin..ambik kelas secara berbayar ah kt U nie sebb nk tmbh pngthuan..maner thu ad rezeki boleh pergi neagara mereka ker..huhu

Rozuan Ismail said...

@..gugu.. setuju dengan gugu =) tapi x elok lah kalau untuk kepentingan diri sendiri

Rozuan Ismail said...

@waN Mohd Salim jangan lah benci ps..English tu kan penting.

Rozuan Ismail said...

@qasehraihan TQ akak.kalau ada tambahan boleh tmbh. =)

Rozuan Ismail said...

@alien setuju ngan alien sebab dapat jimatkan kos syarikat =)

Rozuan Ismail said...

@ArELeEz sama2 leez.selamat bekerja =)

Rozuan Ismail said...

@amna semua org boleh bg idea bernas atas kertas,tapi bila berhadapan,tak smeua org dapat bercakap dengan yakin =)

Rozuan Ismail said...

@b a m b a m ' s TQ CB sebab bagi tambahan =)

Rozuan Ismail said...

@Mama Kembar 3 TQ mama

Rozuan Ismail said...

@Arif Azmi research tu penting.TQ review blog wan =)

Rozuan Ismail said...

@miss.Addin boleh share untuk kebaikan bersama =)

Rozuan Ismail said...

@bunga InsyaAllah,tiada apa yang mustahil.bunga mampu buat =)

Rozuan Ismail said...

@Achahani x pe kak,kita ikut keadaan dan suasana kerja =), thanks akak byk komen =)

Rozuan Ismail said...

@cucu umie bahasa asing memang satu bonus untuk kita =)

Rahmad said...

banyak juga ciri yg perlu ada ni..

Rozuan Ismail said...

@Rahmad nak jadi pekerja pilihan majikan memang perlu ada byk ciri