Thursday, June 2, 2011

HUBUNGAN "ANGKAT" | MENGIKUT ISLAM



Selamat malam =).

wan tertarik dengan satu soalan yang ditanya oleh seorang perempuan di dalam sebuah akhbar tempatan dalam sesi soal jawab. Dia musykil dengan hubungannya dengan adik angkatnya iaitu seorang lelaki.


dan ini adalah jawapan ustaz tersebut 


Dalam Islam,dibenarkan untuk mengambil anak angkat.Namun begitu,anak angkat tersebut tidak boleh berbinkan ayah kerana ia melibatkan keturunan dan harta pusaka.
wan pon tak faham dengan sesetengah orang yang wan ada kenal.Sepatutnya,kalau diorang ambil anak angkat, nama anak angkat diorang mestilah bin Abdullah dan bukannya berbinkan nama diorang.



 sekadar gambar hiasan.


Sebagai contohnya,ayah wan bernama Ismail.ambil seorang anak angkat dan letakkan nama Hafiz. Nama penuh Hafiz ialah Hafiz bin Abdullah, dan bukannya Hafiz bin Ismail.


bagi kes abang atak kakak atau adik angkat ni,ustaz menerangkan,kalau sama jantina,itu dibolehkan dengan tujuan mengeratkan silaturrahim dan persaudaraan =)


Namun begitu,apabila berlainan jantina seperti dalam banyak kes zaman sekarang, hubungan tersebut perlu dinilai kerana ia melibatkan soal pergaulan,sentuhan antara bukan mahram, isu aurat dan sebagainya.
Duduk berduaan antara adik dan kakak angkat berlainan jantina juga dilarang selain perasaan rindu dan sayang yang melibatkan nafsu.Masih boleh mempunyai hubungan angkat tapi lebih berhati-hati dalam pergaulan.


p/s Walaupun kita menerima hubungan angkat,tapi kita masih perlu ingat yang mereka masih bukan darah daging kita

30 comments :

AdyBudika said...

nak jadi adik angkat....

Rozuan Ismail said...

@AdyBudika haha.ady lagi tua dari wan lor. =)

blackroses said...

kalau kes anak angkat diambil dari kecil..ibu angkat boleh ambik suntikan supaya dia boleh mneyusukan bayi tersebut..sampai 7 kali kenyang..maka anaknya dan anak angkat bukan setakat adik beradik angkat malah adik beradik susuan dan mereka tidak batal air sembahyang..

Rozuan Ismail said...

@blackroses oo.tq blackroses atas info ni.sama2 agar ramai orang dapat baca =) sebab penting rasanya bab macam ni

Jujue said...

salam wan, saya nak share sket psl angkat2 ni.. sy ade la info sket psl benda ni. ok, bagi ibu2 yang ingin mengambil anak angkat zaman sekarang ni digalakkan menyusukan bayinya.antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut. Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesusuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain. Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung susuan adalah seperti orang lain juga iaitu saudara dalam Islam.
Sekarang ni banyak sangat klinik2 yang menyediakan rawatan untuk menggalakkan penghasilan susu badan untuk wanita yg tak pernah mengandung. misha omar antara artis yg mnyusukan anak angkatnyer.
Berkenaan nama pulak, jabatan pendaftaran kini dah beri solution untuk mngelakkan anak itu malu biler sekolah nanti.. yerla kalau nama bapak ismail, tetiba pulak dia bin abdullah. anak digalakkan guna nama bapak dia juga.. contohnyer ismail ambil anak angkat nama hafiz, maka letakla nama anak dia hafiz ismail. kalau ikutkan jadi hafiz ismail bin abdullah la kan..tapi dalam surat beranak dibenarkan letak hafiz ismail saje tanpa bin. so nanti kawan2 dia takdela tau yang dia tu anak angkat. tapi untuk urusan rasmi seperti kahwin smua kenalah guna nama hafiz ismail bin abdullah. itula yg saye tau.. sila betulkan kalau mane2 yang salah ye.. =)

Rozuan Ismail said...

@Jujue TQ jujue atas info yang sangat details.moga dapat jadi pengajaran dan pengetahuan

Jujue said...

no hal.. errr free-free bertandangla ke blog saye..hehe..
http://tunjulia.com/

..gugu.. said...

nak jd adek agkt pkcek jugak lah.

(xmau klh ngan ady ;p)

LUTFI SYAFIQ said...

info yg bagus! baru ku tahu,,, hehe

miss.Addin said...

nak ber "angkat" ni bukan senang kan.

banyak yang nak kena pertimbang kan . HUHu

cucu umie said...

melalui pngthuan yg umi ayie bg baru2 nie, kalo nk jadikan ank tu tidak seperti anak angkat bolehlh dijadikan nak itu sebgai ibu susuan jika ibu itu ad susulh.. n then yg berbinkan abdullah memang kne pon..

alia zarfullah said...

KALAU CAKAP PASAL ANAK ANGKAT NI, MACAM MACAM SAYA TIMBUL. HAIS. SEMOGA AUNTIE SAYA BAHAGIA :)

Cikgu Fikri said...

eh, kalau org yg aku kenal plak..
rasanya dia anak angkat..
jadi namanya tak der bin..
tapi, guna MAULA...
contoh:

hafiz zikri maula ismail...

yg guna MAULA tu pun, kes nyer samer jugak ker?

apik pehe said...

hehehe..apik ader gak..tapi hubungan jauh..hehe

IMANSHAH said...

ramai nya adik angkat saya masa sekolah2 dulu

NURUL NADIAH MAMAT said...

amik anak angkat paling berisiko untuk lahirkan keturunan yg berzina...ini krna andai ayah angkat mewalikan ank angkt prmpuannya tanpa mberitahu hal sbnar, pnikahan tsebut adalah tdk sah....dan ank prmpuan tsebut adalah dikira bzina setiap kali bsama suaminya....
Wallahua'lam.....

Rozuan Ismail said...

@Jujue InsyaAllah jujue =)

Rozuan Ismail said...

@..gugu.. haha.semua tak nak kalah ye =)

Rozuan Ismail said...

@LUTFI SYAFIQ sharing is caring =)

Rozuan Ismail said...

@miss.Addin setuju.bukan senang.byk benda kena fikir

Rozuan Ismail said...

@cucu umie sama macam jujue kat atas ni.tapi jujue ada cakap pasal berbinkan abdullah

Rozuan Ismail said...

@alia zarfullah its okay.we know wat we do.kalau tak pasti,ask for yg lebih tahu

Rozuan Ismail said...

@Cikgu Fikri maaf.yg ni saya kurang pasti kenapa.

Rozuan Ismail said...

@apik pehe amboi apik.ada angkat gak ye,kan dah ada gf

Rozuan Ismail said...

@IMANSHAH huhu.sama mcm wan =)

Rozuan Ismail said...

@NURUL NADIAH MAMAT bila dah time nak kahwin,bapa perlu bgtaw.

darkbatman said...

yup...stuju bro..tp klau dh amek dr kecik rsnye susah dh nk bezakan drh daging sendiri o x.sbb syg 2 dh lebih.

Rozuan Ismail said...

@darkbatman sebabtu ada yang suruh jadi ibu susan tuh.senang nanti bila besar,dah jadi adik beradik ngan anak yg betul

NURUL NADIAH MAMAT said...

@Rozuan Ismail
ada jugak yang xnak gtau wan...lam erti kata xnak anak tsebut sedih.....tapi dosa yg dibuat sampai bila2 dibawa.....Nauzubillah...

Rozuan Ismail said...

@NURUL NADIAH MAMAT susahlah kalau lebih pentingkan perasaan anak tuh daripada azab di akhirat =(