Sunday, June 5, 2011

PANAS!! ISTERI PERLU LAYAN SUAMI MACAM PELACUR KELAS PERTAMA?




Selamat pagi.



tertarik dengan satu tajuk akhbar hari ni.
isteri perlu layan suami seperti pelacur kelas pertama,
agar mereka tidak terjebak dengan aktiviti kurang sihat.



dalam artikel akhbar itu juga katakan,
antara punca utama kegagalan rumah tangga ialah isteri gagal melayan kehendak seks suami
dan menyebabkan suami beralih arah kepada teman wanita,perempuan simpanan dan pelacur.



tapi yang aku tak faham,
KENAPA PERLU SAMAKAN ISTERI DENGAN PELACUR KELAS PERTAMA?
aku tahu kedua-duanya wanita.
tapi darjat seorang isteri adalah mulia dalam Islam
dan darjat seorang pelacur ,faham-faham sendirilah.
sangat berbeza darjat dan kemuliaan mereka.
tapi,kenapa perlu guna istilah seperti itu?
ini sudah menjatuhkan maruah  kaum wanita.



wanita itu tinggi darjatnya



Dalam artikel itu juga menyatakan bahawa
tugas seorang isteri bukan sahaja memasak,mengemas rumah dan menjadi ibu
malah membabitkan aspek seksual.
Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.



aku sangat tak faham
bila kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang yang berilmu.
boleh tak kau tukar term tu dengan lebih elok sikit.
memanglah seks itu penting dalam rumahtangga
tapi, biarlah suami isteri itu sendiri yang tahu pasal hubungan seks mereka.
pandai-pandailah mereka adjust kalau rasa kurang puas.



kalau boleh,tolonglah tukar term itu,sangat tak sesuai
itu dah mencalar maruah seorang wanita yang bergelar isteri
harap dapat perhatian dari pihak dan individu berkenaan



untuk berita lanjut dan artikel tersebut,boleh baca di sini,

34 comments :

Budak kuat makan said...

haha, igt metro.. bharian rupene.. kekeke

dia nk smua isteri jd mcm placur kpd suami sndiri k ?

Rozuan Ismail said...

@Budak kuat makan sentap metro nanti.memang lah boleh jadi pelacur pada suami sendiri tapi term tu macam tak sesuailah.hina sgt.

Muhammad Khairul Fahmi said...

perghh...fahmi pun xstuju ngan istilah tu...wlupun dorng nak smpaikn msj yg bek tp bhsa tu xelok d dgr..

jaya jr said...

haha,bini laa sebaik-baik wanita yang lelaki kene cari..takkan cari orang tak elok kot..

salemaziz said...

terok betol. kasi term sampai camtu sekali. ntah pepe.:/

nohoho =) said...

tak ade term lain kot yang sesuai guna...mungkin bagi senang phm...

Rozuan Ismail said...

@Muhammad Khairul Fahmi msg dia pon wan fhm,cuma istilah dia tu tak sesuai sgt =(

Rozuan Ismail said...

@jaya jr tapi hakikatnya,bila isteri tak dapat puaskan nafsu,mereka akan cari lain

Rozuan Ismail said...

@salemaziz kan.x sesuai langsung.

Rozuan Ismail said...

@nohoho =) erk.ye ke.entahlah.tapi term tu mmg x sesuai

blackroses said...

erkkk...

akuwanblur90 said...

ehem ehem blogger hensem. Dah siap review. Semalam tekaan betol la.. huhu

http://akuwanblur90.blogspot.com/2011/06/antara-blogger-lelaki-hensem-ini-or.html

thanks yer..

shafiq ahmad said...

giler ar tak sanggup nak samakan wife dengan maria ozawa

dah buat blog response untuk topik ni.
klik sini [link]

zacky786 said...

mmg tak patut ~

Nour Akmal said...

sangat2 x releven samakan isteri dengan pelacur kelas pertama..
walaupun cuma perumpaan..
tapi maruah wania ni kena jaga lh..
sangat2 xptt..

Shafiq said...

Konsep yang diutarakan tu agak sesuai tapi media cetak kita patutnya kena la guna istilah yang baik sket. Lebih sesuai. :-) Dalam NST hari ni pun ada pasal ni. First class prostitute..

iPai said...

ish2 ... dasat2 .. tak patut betul ..

Wyna Nubies said...

As Salam,

ada disamakan isteri ngan pelacur plak..
gila la~ =-=
xde perumpaan yg lebih mulia ke dr niyh?

nelly said...

ish2 ..cuba carik sikit kan ayat yang agak comel ..
=='

Rozuan Ismail said...

@blackroses erk

Rozuan Ismail said...

@akuwanblur90 TQ review

Rozuan Ismail said...

@shafiq ahmad isu lebih kurg sama rupanya

Rozuan Ismail said...

@zacky786 =)

Rozuan Ismail said...

@Nour Akmal setuju sgt.maruah wanita itu tggi kot

Rozuan Ismail said...

@Shafiq satu istilah tak betul boleh menggugat kesejahteraan

Rozuan Ismail said...

@iPai memang tak patut

Rozuan Ismail said...

@Wyna Nubies entahlah diorang ni

Rozuan Ismail said...

@nelly kan.carila yg comel sikit ke .ini hardcore sgt

JIJI YU said...

kalo dari segi tugasan tu yer la..tapi segi gaya bahasa tu mmg leh wat org sentap le..setakat nak borak kedai kopi leh la gune bahasa cenggitu.ni satu mesia bace..

Rozuan Ismail said...

@JIJI YU itulah,sepatutnya berfikir dulu sebelu nak cakap,yg berita ni pon pandai2 la tapis kalau rasa tak sesuai

cucu umie said...

seriously memang tidak sesuai term tersebut..darjat wanita memang tinggi didalam islam lagipon sebuah perkahwinan itu bukan shje semata2 seks tapi banyak perkara yang perlu dilakukan bersama2...

Rozuan Ismail said...

@cucu umie itulah langsung tak kena darjat wanita dengan pelacur kelas pertama

ajwa said...

Mungkin penulis tu dah biasa dan kenal mendalam cara layanan 1st class prostitute di mana2 di dunia ini. Dan agaknya tak pernah bertemu isteri sollehah yg lebih baik dari 1st class prostitue tu...

Rozuan Ismail said...

@ajwa mungkin.tulisan mencerminkan peribadi