Saturday, June 25, 2011

SELIT GAMBAR LUCAH DALAM NASKHAH YASIN




Selamat pagi.




pagi ini seperti biasa baca akhbar online dan tertarik dengan satu isu yang sampai sekarang tak habis-habis. Kenapa kita suka sangat mempersendakan agama kita iaitu islam?




Berita ni dekat Pulau Pinang di mana 11 gambar lucah diselitkan dalam 11 naskhah Yasin.Imam besar mengatakan itu adalah kerja Orang islam kerana orang bukan Islam akan diperiksa terlebih dahulu di kaunter pelancong masjid manakala naskhah tersebut bukan hak milik masjid dan dicetak sendiri.



kalau benar ini kerja orang islam,apakah mereka ni tak takut pada kemurkaan Allah SWT.kadang-kadang wan tak faham kenapa kita sendiri suka sangat persendakan agama kita.Jika orang lain tengok,mereka akan gelakkan kita dari jauh je sebab mengutuk agama sendiri.




Wan pernah tengok kat Youtube gambar beberapa orang wanita islam yang menggunakan lagu seperti dikir barat untuk berselawat.Tapi caranya seperti mempersendakan ajaran Islam.sangat tak sopan dan biadab kerana mengutuk agama sendiri.Mereka ni seolah-olah tidak takut dengan Allah SWT.



Bagaimana orang bukan islam nak dapat hidayah,kalau orang kita sendiri pon mempersendakan ajaran islam.kalau tengok kat youtube tuh,memang banyak lah video orang Islam mempersendakan agama.Kita marah orang bukan islam persenda agama kita,tapi kita sendiri yang mempersenda agama.




Orang seperti ini perlu diambil tindakan yang tegas kerana memalukan agama adalah kesilapan yang besar.




p/s sangat bimbang bila melihat banyak video orang islam persenda agama Islam dalam youtube. Semoga Allah SWT melindungi kami.

22 comments :

::blog anak jawer:: said...

islam pada nama...mcm tu la..

iPai said...

uish .. ada sampai kes macam ni ke ? dasat betul

Mama Kembar 3 said...

ishh teruknya! skarang ni bahan bacaan islamic pun kena teliti betul betul kan, banyak sgt yg ambik kesempatan guna utk pesongkan akidah kita.

Syuxer said...

sampai camtuh sekali??astagfirullahalazim..dunia dah nk mati dah neh..tunggu masa je..teruk benar orang islam zaman sekarang..

Aman Ibrahim said...

yup islam pada nama, kalau Rasulullah ada lagi masa ini. Apa perasaan baginda bila tengok umat Islam mempersendakan agama Allah..

p/s: Berdoa agar mereka mendapat hidayah dan bertaubat.

Umedia Network said...

Astaghfirullahhalazim. Inilah tanda2 akhir zaman. Cepat2lah bertaubat kepada ALLAH. :)

..cik gugu.. said...

da bc news ni mlm td..

truk betol~

Rozuan Ismail said...

@::blog anak jawer:: inilah yang terjadi bila islam tak dihayati.

Rozuan Ismail said...

@Mama Kembar 3 setuju nan mama,sebab banyak cara kini orang nak pesongkan akidah kita.

Rozuan Ismail said...

@Syuxer entahlah shuk, itulah masyarakat sekarang.

Rozuan Ismail said...

@Aman Ibrahim mesti Rasulullah sedih kan.tapi kita kan tahu Rasulullah SAW seorang yang kuat semangat.

Rozuan Ismail said...

@Umedia Network kita mintak doa ye sama-sama.Mudah-mudahan mereka bertaubat sebelum terlambat.

cucu umie said...

tidak tahulah wan nak bt mcm mane dengan mereka nie..nak ktekan mereka tidak ad agama mereka ad agama.. mungkin pemikiran mereka yg sgt up to date..

btw, hanya doa shje yg dpt dipnjatkan agr mereka akan berubah..

JIJI YU said...

hurm..aku nak pikir dgn lebih jauh lagi jap..

iPai said...

tp dah siasat betul ke yg mmg muslim yang buat .. takde teori khianat ke ?

Rozuan Ismail said...

@cucu umie sama-sama kita berdoa k.

Rozuan Ismail said...

@JIJI YU kenapa nak fikir dengan lebih jauh ye?

Rozuan Ismail said...

@iPaiitu pon belom confirm lagi.tak tahulah macam mana,kena tunggu siasatan.itu yg wan bacelah menurut kenyataan imam besar dekat situ

Roti Telur said...

pelik betul..hina agama sndri..hmm

Rozuan Ismail said...

@Roti Telur ramai je sekarang ni.mungkin kita tak perasan je.

Ibnushukran said...

masyaAllah.. macm mana la gambar lucah ada dalm surat yassin, sperti dirancang untuk persendakan Islam..

Rozuan Ismail said...

@Ibnushukran kalau lihat memang macam sudah dirancang.